Khamis, 14 Mei 2009

Krisis Perak :Anwar tidak layak meletak syarat jika ingin bertemu Najib...

1. Kemelut yang melanda politik Perak terus menjadi tajuk isu yang paling hangat diperdebatkan. Pelbagai spekulasi, andaian dan ramalan cuba dijelma oleh pebagai pihak baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat.

2. Hari ini, kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah mengadakan perbincangan tertutup bagi mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang pastinya mahu berpihak kepada mereka. Matlamat lain perbincangan ini diadakan adalah untuk memastikan tidak berlaku percanggahan pendapat antara kepimpinan Pakatan Rakyat dalam menangani isu ini.

3. Melalui perbincangan tertutup ini juga, pihak Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bagi mencari jalan kompromi untuk menyelesaikan perkara ini.

4. Perdana Menteri juga dalam kenyataan awalnya telah bersetuju untuk bersemuka dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu di Perak ini. Namun, PM tidak mahu mana-mana pihak meletakkan sebarang pra-syarat sebelum pertemuan diadakan. Ia bertujuan untuk memastikan perbincangan dapat dijalankan sejujurnya tanpa ada konkongan dari syarat yang telah ditetapkan.

5. Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pada dasarnya bersetuju untuk berbincang dengan YAB PM. Namun beliau berpendirian bahawa pembubaran DUN dan PRK peringkat negeri Perak adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini.

6. Hakikatnya sekarang, BN berada pada kedudukan terbaik, bukannya pada kedudukan terdesak. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan apa-apa selagi BN dapat mengekalkan majoriti dalam DUN berada dalam genggaman. Hak pembubaran DUN merupakan hak mutlak Ke Bawah Duli Sultan. Dan ia juga perlu mendapat dokongan kuat dari suara majoriti DUN.

7. Pakatan Rakyat dan Anwar perlu sedar bahawa BN sebenarnya tidak perlu untuk berbincang dengan mereka. Namun atas dasar demokrasi dan kebaikan bersama, maka Najib bersedia untuk mendengar cadangan dan pendapat dari Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Pakatan Rakyat tidak berhak malah tidak layak untuk mengenakan apa-apa syarat bagi mengadakan pertemuan ini
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. 1.Dalam apa jua perbincangan dan perancangan ‘syarat’ tidak sepatutnya dijadikan halangan untuk mencari titik persetujuan.

    2.Proses perbincangan tentulah akan melalui ‘Win Win situation’ sebagai pra-syarat.

    3.Yang perlu dilakukan ialah mencapai suatu ketetapan intelektual bagi menentukan unsur-unsur yang membawa makna yang tepat demi agama,bangsa dan Negara.

    4.Dalam konteks kebangkitan oposisi yang hebat sekarang ini terhadap hak-hak Agama,Bangsa dan Negara kedua-dua pihak perlu membuat transformasi melalui pemikiran lateral
    .
    5.Semua harus berusaha meningkatkan visi tentang masa depan masyarakat kita keperingkat pemikiran yang lebih sofistikated dan dari perspektif itu membentuk pertimbangan wajar tentang unsur-unsur dari PAS dan UMNO yang dapat dimanafaatkan tanpa melenyapkan keperibadian dan peradaban kedua pihak.

    6.Saya kira penolakan secara dangkal tidak ada menafaatnya.;malah akan jadi ‘counterproductive’ pula bagi masyarakat Islam umumnya dalam usaha memberi ruang dan peluang bagi masyarakat islam mengambil tempat yang gah dalam dunia moden ini.

    7.Asas perjuangan adalah sama ia itu islam. Kontradiksi serta tidak keseragaman pendekatan boleh diatasi sekiranya kita memperdanakan kebenaran, cintakan ilmu,keadilan dan keikhlasan,hormat-menghormati dan bertanggungjawab.

    8.Semoga mercutanda kita ialah ‘ Islamic Renaissance’ dimana Malaysia akan dijadikan model.

    9.Cetusan ini kita ibaratkan kuntum bunga yang mengepal dan mengembang sambil disimbah dan dibasahi sinar matahari pagi.

    10.Kalau barat mengambil masa 300 tahun dari kurun ke-14 hingga kurun ke-16 untuk menjelmakan renaissancenya kita harus lebih deras lagi mencapainya dalam jangka kurang 100 tahun post merdeka..

    BalasPadam
  2. Salam ...

    Benar... napa harus BN turut kehendak PR. Kita kekalkan demokrasi rakyat. Kalau majoriti DUN memehak kepada parti tertentu buat apa mahu menyusahkan rakyat, membazir wang rakyat lagi. Jika pn berlaku p/raya jika keputusannya memihak kpd BN, Pr tetap dgn cara dia tdk boleh menerima nya...kan keje bodoh kalau BN mengikut rentak PR?

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE