Advertisement - Contact Us

Komunis kekal musuh no. 1 negara sampai bila-bila...

1. Baru-baru ini, Pengerusi Parti Gerakan telah mengeluarkan satu kenyataan yang mencadangkan agar kerajaan menimbang semula permohonan bekas pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali dan menetap di Malaysia. Alasan yang diberikan kononnya sebagai menghormati peranan PKM menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu dalam usaha menuntut kemerdekaan.

2. Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan buta sejarah. Ia juga merupakan satu kenyataan yang berbahaya dan boleh menyumbang kepada keadaan kacau bilau kepada negara.

3. Tidakkah pihak y
ang mengeluarkan kenyataan ini sudah lupa akan keadaan negara di waktu kebangkitan pengganas komunis yang memuncak hingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat? Sudahkah kita lupa berapa ramai isteri yang menjadi balu dan anak yang menjadi yatim angkara kekejaman pengganas komunis ini? Dan tidak terbayangkah kita perasaan para pejuang dan askar yang bermati-matian menentang gerila komunis ini hingga ada yang terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup hingga kini?

4. Mungkin pihak yang mengeluarkan kenyataan jahat ini mudah memaafkan hingga sedia memberi peluang kedua sewenang-wenangnya atas kekejaman yang pernah dilakukan oleh pengganas komunis. Mungkin pihak ini hidup dalam keadaan yang penuh keselesaaan tatkala para pejuang sedang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan tanahair tercinta ini. Atau mungkin jua pihak ini juga merupakan saki baki pengganas komunis yang terlepas dan kini cuba untuk menghidupkan semula sentimen komunisme.

5. Walau apa pun kemungkinan dan spekulasinya, yang pasti, tidak ada tempat untuk komunis di negara Malaysia tercinta ini. Kerajaan perlu menghalang dan menyekat walau dengan apa cara sekalipun termasuk mengenakan hukuman yang berat ke atas mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula atau cuba meniup semangat komunisme dalam hati generasi baru kini. Jangan sampai luka lama angkara komunis berdarah kembali.

6. Harus diingat bahawa komunisme bukan hanya setakat cabang pemerintahan sama seperti demokratik atau republik. Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa komunisme ini merupakan satu jenis fahaman, ideologi dan kepercayaan. Sedangkan hendak menghapuskan ajaran sesat punadalah amat sukar, inikan pula untuk melenyapkan kepercayaan komunisme yang sudah tersebar meluas ke seluruh dunia. Kemampuan kerajaan melumpuhkan dan sekaligus mengharamkan komunisme di Malaysia adalah sudah cukup baik dan tidak sewajarnya jika ada pihak yang cuba untuk menghidupkannya semula.

7. Pengerusi Gerakan ini perlu memperjelaskan samada keny
ataan yang dikeluarkan adalah mewakili parti Gerakan atau hanya pendirian peribadi semata-mata. Kerajaan perlu memandang serius kenyataan yang dikeluarkan ini termasuk mengenakan hukuman jika perlu sebagai peringatan kepada pihak lain yang cuba untuk membawa masuk semula komunis ke Malaysia.

8. Kesimpulannya, PKM dan komunis pernah menjadi musuh no 1 di Malaysia, dan ia kekal sebagai musuh no 1 sampai bila-bila. Sarang tebuan jangan sekali-kali cuba dijolok kerana ia buruk padahnya...

2 Ulasan

  1. Chin Peng kembali ke Malaysia ? No way !!!

    BalasPadam
  2. Pemimpin PAS dan PKR setuju...!!!Bagaimana Anda? Pada aku elok yang setuju chin Peng balik tu.Hantar saja pi Duduk berkampung dengan Dajal tu.Termasuk Pemimpin PAS dan PKR.

    Pada Aku inilah Bangsa yang mungkin P.Ramli maksudkan dalam Film Sarjan Hassan iaitu:
    "BANGSA YANG TIDAK SEPATUT ADA DALAM BANGSA KITA" kerana BAngsa inilah yang akan merosak bangsa kita.

    Pada bangsa yang dimaksud oleh Allahyarham P.Ramli tu.Sedarlah diri jangan dok cari sangat publisiti murahan..dok jadi "barua" cukuplah setakat jadi barua politik dan dok memperguna agama.

    Hari dengan pangkat dan jawatan yang ada,aku rasa dah cukup anak beranak hampa nak hidup.Cukuplah........!!!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama