Advertisement - Contact Us

Kalau BN kerajaan rapuh, PR dah pecah berderai...

1. PAS melalui akhbar tabloidnya (Harakah) telah meminta kepada UMNO supaya jangan berdegil untuk terus mempertahankan kubu yang dianggap rapuh di Perak. Menurut Harakah lagi, UMNO hanya memperolehi majoriti atau kelebihan yang begitu tipis berbanding Pakatan Rakyat iaitu 31 : 28.

2. Sehubungan itu, PAS
meminta supaya UMNO akur dengan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada rakyat Perak memilih kerajaan yang baru melalui Pilihanraya Kecil.

3. Persoalannya, kenapa baru sekarang Pakatan Rakyat mempertikaikan kuasa yang dimiliki BN? Kenapa tidak sewaktu mereka berjaya mendapat kerusi majoriti tempoh hari walaupun pada ketika itu Pakatan Rakyat belum lagi termaktub sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah seperti Barisan Nasional?

4. Harus diingat, jika gabungan Pakatan Rakyat dipertikaikan ketika itu dan komponen PR iaitu PAS, DAP dan PKR diasingkan, maka jelas menunjukkan bahawa BN malah UMNO sendiri berjaya mendapat kedudukan majoriti. Namun atas semangat demokrasi, Sultan Perak bersetuju untuk menerima majoriti yang dipersembahkan oleh PR walaupun gabungan tersebut
belum disahkan secara rasmi.

5. UMNO dan BN sendiri ketika itu sedia menerima kerajaan baru yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat tanpa perlu melakukan protes yang melampau sepertimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang setelah BN berjaya merampas kembali majoriti di Perak. Seperkara lagi, Pakatan Rakyat juga ketika itu hanya memperolehi majoriti 31 : 28, sama seperti yang dimiliki oleh BN sekarang.

6. Bezanya sekarang, BN melebihi PR dengan 3 kerusi Bebas yang juga merupakan bekas ADUN PR yang telah melompat sokongan (bukan melompat parti) kepada BN. Apa yang dinantikan sekarang hanyalah keputusan mahkamah bagi menentukan siapa MB Perak yang sah walaupun kerajaan secara majoritinya sah milik BN.

7. Jadi, soal mempertahankan kerajaan yang rapuh tidak sepatutnya timbul kerana jelas bahawa baik BN mahupun PR, kedua-dunya merupakan kerajaan yang rapuh berdasarkan jumlah majoriti yang dimiliki. Kalau tidak masakan BN berjaya
menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat. Yang penting, prinsip demokrasi terus dilaksanakan tanpa membelakangkan perlembagaan dan undang-undang.

8. PR perlu belajar menerima hakikat dan redha dengan ketentuan. Harus diingat, dalam kehidupan ini, adakal kita di atas dan adakala dengan sekelip mata kita boleh tersungkur ke bawah. Sebaik-baiknya, untuk bangun semula tatkala tersungkur, tidak perlulah untuk kita bertindak melampaui batasan hingga sanggup memaki hamun, menghina sultan malah berperangai seperti tidak bertamadun sewaktu bersidang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama