Advertisement - Contact Us

DUN Manik Urai : BN akan pastikan PAS berputih mata...

1. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah memberi gambaran awal akan meletakkan calon bagi merebut DUN Manik Urai yang telah kosong berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob (PAS) akibat serangan jantung.

2. SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi dari Speaker Kelantan berhubung kekosongan tersebut. Pengumuman rasmi tentang kekosongan kerusi, hari penamaan calon dan hari membuang undi hanya akan dibuat oleh SPR setelah menerima makluman rasmi tersebut.

3. PAS, dalam kenyataan awalnya, dengan nada sinis telah meminta BN untuk menarik diri dan tidak bertanding di Manik Urai atas alasan mengelak dari berlaku pembaziran. Mungkin juga PAS berpendapat bahawa DUN Manik Urai merupakan kubu kuat PAS dan agak sukar bagi BN merampasnya kembali dari tangan PAS.

4. PRK DUN Penanti adalah berbeza dengan PRK DUN Manik Urai. Kekosongan DUN Penanti adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab Pakatan Rakyat yang amat gemar bermain politik dan gilakan publisiti. Jadi kekosongan berpunca dari perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah amat tidak wajar dan ianya hanya membazirkan masa, tenaga dan wang. Jadi memang sepatutnya untuk BN tidak melayan dan mengikut rentak Pakatan Rakyat di Penanti.

5. Manakala di DUN Manik Urai pula, kekosongan adalah disebabkan kematian penyandang kerusi tersebut. Jadi, tidak timbul soal pembaziran di sini kerana PRK DUN Manik Urai memang tidak boleh dielak lagi.

6. PAS juga tidak sepatutnya terlalu yakin untuk terus berkuasa di DUN Manik Urai. Harus diingat, BN pernah menjadi wakil rakyat di sini setelah menang pada PRU-11 pada tahun 2004. Jadi, peluang untuk BN merampas kembali kerusi tersebut adalah cerah bergantung pada keadaan politik semasa, kaedah dan pendekatan kempen yang akan digunakan dan kemampuan untuk menarik semula keyakinan pengundi terutama golongan atas pagar.

7. Walau apa pun, inilah peluang bagi BN untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa BN masih dan akan sentiasa kekal relevan. Usaha keras perlu dimulakan dari sekarang jika BN benar-benar ingin merampas semula kerusi DUN Manik Urai. Ketepikan soal Penanti, dan biarkan pembangkang di Penanti terjun dengan labu-labunya.

7 Ulasan

  1. salam,
    bersama-sama kita berusaha mempastikan kemenangan BN InsyaAllah

    BalasPadam
  2. sy yakin kemampuan tok pa mampu memberikan kemenangan di Manik Urai ..

    BalasPadam
  3. semoga Allah memberi kemenangan kepada orang2 yangikhlas dalam perjuangan.

    BalasPadam
  4. Teruskan membangun bersama ISLAM.

    BalasPadam
  5. Manik Urai menanti selepas penanti. apapun anakmuda nak saksi sendiri apa akan berlaku di sana. penanti PKR kering idea. taktau mana nak serang. last2 yang tak bertanding jadi sasaran. dah kemut idea kot.

    anakmuda

    http://ohpolitik.blogspot.com

    BalasPadam
  6. ades sape berputih mata ni r.....hehee...alhamdulillah....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama