Selasa, 5 Mei 2009

Drama Najib lebih berkesan dari filem Anwar...

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk hari ke5 dalam bulan Mei. Ini juga menandakan hari untuk penamaan calon bagi Pilhanraya kecil Dun Penanti juga semakin dihampiri. Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi Biro Politik UMNO masih membisu dan belum memutuskan samada hendak meletakkan calon BN bagi menghadapi PRK Penanti ini atau tidak.

Mungkin ramai pihak terutama dari pembangkang menganggap bahawa tindakan Najib yang belum memberi apa-apa jawapan marupakan satu tindakan pengecut dan melambangkan bahawa BN tidak yakin untuk kembali merampas kerusi tersebut. Namun bagi saya, Najib telah bertindak bijak dan memang tepat untuk Najib meletakkan kedudukan BN di Penanti sebagai 'Under Dog' dalam keadaan yang penuh' Low Profile'.

Drama PRK Penanti yang di'director'kan oleh Anwar pada mulanya dipandang ringan dan cuba dijadikan sebagai alat atau platform untuk Anwar mengekalkan momentum penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan juga sebagai medan untuk Anwar terus menghentam kepimpinan dan prestasi Barisan Nasional. Ini kerana dalam andaian Anwar, BN pasti tidak akan terlepas untuk meletakkan calon bagi menyaingi Pakatan rakyat.

Anwar cuba mengambil pendekatan secara selamat dan betindak seperti serampang dua mata dalam menentukan kerusi mana yang patut dan boleh dikosongkan. Anwar tidak kisah untuk mengorbankan mana-mana wakil rakyatnya asalkan matlamatnya tercapai. Beliau memilih kerusi yang paling selamat dan merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat bagi mengekalkan kemenangan dan pada masa yang sama akan menggunakan saluran kempennya untuk menyampaikan propaganda politiknya.

Kini tiba-tiba lain pula jadinya bilamana Najib bercadang untuk tidak mahu terlibat dalam PRK Penanti dan membiarkan isu perletakan calon BN terus menjadi teka-teki. Anwar beranggapan bahawa seluruh kepimpinan PR negeri dapat disatukan bagi membantunya menghadapi PRK Penanti menentang calon BN. Cadangan yang dibawa oleh Najib membuatkan Anwar menjadi terkontang-kanting seorang diri ditambah pula dengan tindakan Pemuda PAS yang sememangnya sejak dari dahulu tidak sebulu dengan Anwar untuk turut meletakkan calon PAS di Penanti walaupun PKR sudah mengumumkan calon yang akan bertanding. Keputusan PAS Pusat yag melarang PAS Pulau Pinang dari meletakkan calon bagi menentang PKR telah menyelamatkan sedikit maruah Anwar yang kian tercalar.

Walau apa pun kedudukannya, umum telah dapat melihat akan kepincangan yang rupa-rupanya sedang melanda dalam Pakatan Rakyat. Mungkin sebelum ini Anwar cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar dengan cara memanipulasikan isu demi untuk menutup kelemahan sendiri. Walaupun segala-galanya nampak tenang di permukaan namun gelora di dalam sudah tidak mampu dibendung lagi. Mungkinkah Pakatan Rakyat umpama retak menanti belah?
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. itu yg najib takut terhadap anwar ini ..najib antara yang paling bijak dan kini najib pulak main anwar selepas merampas semula Perak ..haha

    padan muka anwar ...lu ingat lu pandai ..

    BalasPadam
  2. Najib bijak ape.....Dah kalah dua tiga kali, sereklah weh.....usah temberanglah... 916

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE