Advertisement - Contact Us

Awas !!! Musuh mula menyerang bloggers BPN...


1. Terima kasih saya ucapkan kepada seorang sahabat BPN yang menggunakan nick 'ibnawawi' dan menggelar dirinya atok kerana telah membantu saya menyelesaikan masalah blog saya.

2. Untuk makluman, blog http://suaramelayubaru.blogspot.com telah di'hack' dan id telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

3. Sehubungan itu, saya tidak dapat log in ke blog saya sendiri hampir 5 hari. Pihak yang telah mencuri ID saya tersebut juga telah mem'publish' satu artikel tidak bertanggungjawa iaitu satu bentuk tawaran untuk menjual blog saya kepada pihak lain dengan harga tertentu.

4. Saya juga ingin menasihati kepada seluruh warga BPN terutamanya agar lebih berhati-hati kerana wujud pihak yang sedang cuba untuk menjahanamkan perjuangan BPN dalam menegakkan kebenaran.

5. Sebarang iklan atau tawaran menarik terutamanya yang terdapat dalam ruangan 'chatroll' perlu dikaji dengan teliti kerana ia menjadi salah satu punca di mana blog saya telah di'hack'.

6. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 'Ibnawawi', 'Isacjohore','mami','glory' dan seluruh wrga BPN atas bantuan anda selama ini.

6 Ulasan

  1. hati-hati. Musuh-musuh negara sudah lama mengishtiharkan perang terhadap pembela negara

    BalasPadam
  2. blog taipingmali juga selalu diserang...tetapi misi mereka gagal..

    BalasPadam
  3. Saya penyokong pembangkang tetapi saya tidak bersetuju dengan tindakan penyokong pembangkang lain yang tidak beretika

    BalasPadam
  4. terima kasih saudara,
    untuk pengetahuan blog yeop juga telah beberapa kali di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan yeop tidak mahu menuduh mana2 pihak kerana kekurangan bukti.Namun peringatan yang anda beri harus di ambil perhatian oleh semua warga blogger terutama warga BPN supaya lebih berhati-hati dimasa hadapan kerana musuh sentiasa mahu menyerang.Musuh yang diluar kurang bahayanya jika mahu dibandingkan dengan musuh yang berada didalam seperti kata pepatah umpama gunting dalam lipatan.
    sekali lagi terima kasih atas peringatan anda...

    BalasPadam
  5. blog sy pun pernah di hack dulu tetapi atas bantuan rakan saya bro jinggo sudah kembali ok

    kita perlu berhati-hati dan mereka kini seperti sudah cacing kepanasan dan takut kehadiran Blogger Pembela Negara..

    teruskan perjuangan .!!!!!

    BalasPadam
  6. Aku bangga ade BPN nak lawan bloggers pembangkang.Berjuanglah semua.Api mesti dilawan dengan Api!Takde dah zaman kita jadi defensif dan bersopan.We must tune to their rhythm and games.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama