Advertisement - Contact Us

Anwar telah dikerat lidah oleh 'geng' DAPnya...

Hingga ke hari ini saya masih tercari-cari apakah penjelasan dan alasan yang telah dijawab oleh Penasihat Parti PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di Pulau Pinang terutama berkaitan isu perletakan calon PR yang bakal bertanding bagi merebut kerusi DUN Penanti. Seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di Pulau Pinang pastinya ternanti-nanti komen Anwar tentang tindakan PAS Pulau Pinang terutamana dari sayap Pemudanya yang secara lantang mahukan kerusi Penanti ditandingi oleh calon PAS hingga sanggup bertindak membekukan jentera Pilihanrayanya di sana.

Anwar sememangnya kini berada di dalam keadaan yang berbelah bahagi untuk menjawab isu ini. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. PAS memang dari mula lagi tidak bersetuju dengan percaturan politik yang diatur oleh Anwar di Pulau Pinang. PAS sedar bahawa senario dan kedudukan politik di Pulau Pinang langsung tidak menyebelahi mereka mahupun orang Melayu. Jadi mereka beranggapan bahawa dengan hanya mendapatkan kerusi Penanti sekurang-kurangnya mereka boleh mengubah senario tersebut.

Malangnya Anwar tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam menentukan percaturan politik di Pulau Pinang. Ini berikutan janji yang pernah ditaburnya sebelum ini untuk meraih sokongan pengundi Cina dan India Pulau Pinang. Cina Pulau Pinang tidak mahu orang Melayu yang bijak dan cerdik menjadi pemimpin tertinggi negeri. Ini kerana mereka tidak mahu pemimpin Melayu bijak menjadi batu penghalang untuk mereka terus memonopoli ekonomi Pulau Pinang. Mereka mahukan orang seperti Fairus yang mana bagi mereka mudah dicucuk hidungnya dan tidak lebih hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu.

Inilah janji Anwar kepada orang Cina P. Pinang sebagai tukaran dengan sokongan undi yang diberikan kepadanya. Jika diteliti peranan Melayu di Pulau Pinang kini yakni semenjak PR mengambil alih kerajaan dari BN dengan kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional adalah amat jelas perbezaannya. Lihat bagaimana Cina DAP telah menguasai hampir keseluruhan EXCO Negeri. PR Melayu hanya diberi peranan memegang portfolio 'Second Class' yang tidak penting manakala portfolio penting seperti kewangan, tanah, pembangunan dan kerjaraya dikuasai oleh orang Cina. Berbanding kerajaan terdahulu walaupun Ketua Menteri dipimpin oleh Gerakan namun EXCO Melayu UMNO masih diberi peluang memegang portfolio kewangan dan portflio penting lain.

Alasan yang diberikan Anwar bagi menjelaskan penguasaan DAP adalah amat mudah. Kononnya dengan perubahan senario politik ini yakni memberi lebih kuasa kepada orang Cina dapat menghapuskan kronisme dan penyelewengan yang menurut Anwar sering dilakukan oleh pemimpin UMNO dulu walhal tidak pernah sekalipun tuduhan tersebut disertakan dengan bukti yang sahih. Lebih menyedihkan lagi kini, sejak DAP berkuasa, sudah banyak tanah yang sebelum ini digazetkan sebagai tanah pertanian ditukar kepada industri yang jelas menguntungkan tokey-tokey besar Cina.

"KEPALA BATAS: Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata desakan untuk Pas meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat.

"Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Kepala Batas di sini, hari ini.

Mujahid berkata, peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.

Katanya, pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti. "
- B. Harian Online.

Semakin hari tanduk Anwar semakin keluar sedikit demi sedikit. Maka secara tak langsung seluruh rakyat terutama mereka-mereka yang selama ini tertipu dengan helah Anwar sudah dapat melihat tanduk tersebut. Mungkin dengan cara mendiamkan diri maka tanduk tersebut dapat disembunyikan buat sementara waktu sebelum ia dapat dilihat dengan jelas.

1 Ulasan

  1. bro ,saya juga blogger dr penang ..kalau free boleh sdr email saya di

    hakeem_zone_85@yahoo.co.uk

    harapa kita boleh kenal dan adap perkara yang saya hendak infom kepada sdr ..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama