Advertisement - Contact Us

Tengok betul-betul, Ingat dalam-dalam & Pangkah besar-besar calon BN...

Tepat jam 12.oo tengah malam 7 April 2009 maka dengan rasminya tempoh berkempen yang dibenarkan bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai ditutup. Tempoh berkempen selama hampir 2 minggu selepas hari penamaan calon seharusnya telah pun digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap calon yang akan bertanding bagi menerangkan manifesto dan hala tuju perjuangan serta sudah pun berusaha untuk memenangi hati para pengundi yang berdaftar agar memilihnya.

Walau pun sepanjang tempoh berkempen ini pelbagai kejutan telah berlaku namun kita harus bersyukur kerana tidak ada perkara yang tidak diingini yang boleh menggugat keharmonian negara berlaku. Terima kasih diucapkan kepada pihak berkuasa dan semua pihak yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman.

Kini segala-galanya terletak di tangan para pengundi. Mereka lah yang akan menentukan hala tuju dan jatuh bangunnya calon yang bertanding. Buatlah pilihan dengan tepat dan bijak. Berfikirlah secara rasional dan bukannya membiarkan minda dan keputusan dikawal oleh emosi dan nafsu. Pilihlah calon yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk mewakili kita dan mampu menjaga soal kebajikan kita. Semoga calon yang dipilih mampu membawa satu inspirasi baru dan berkomitmen tinggi untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab yang dipikul dengan baik, amanah dan penuh semangat bertoleransi.

TENGOK! INGAT! DAN PANGKAH CALON DI ATAS...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama