Advertisement - Contact Us

PRK Penanti : Usaha Anwar untuk menjahanamkan negara.

Pilihanraya kecil lagi. Belum pun puas meneliti post mortem daripada keputusan Pilihanraya kecil sebelum ini iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, kini negara bakal berdepan dengan satu lagi Pilihanraya kecil. Kali ini di DUN Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Walhal jika diimbas kembali, Permatang Pauh baru saja melalui PRK Parlimen yang menyaksikan Bos PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi tersebut menewaskan dua lagi pencabar dari Barisan Nasional dan Akim setelah bini Anwar yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan suaminya bertanding dan kembali ke Parlimen.

Apa sebenarnya muslihat Anwar yang telah menggunakan kuasanya mendesak Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang disepak kedudukannya dan juga ADUN Penanti agar mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ADUN kawasan Penanti. Inilah masalahnya jika wakil rakyat yang dilantik dan dipilih tidak berpengalaman dan cetek ilmu pentadbirannya. Sudah berkali-kali saya nyatakan sebelum ini bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan berkualiti serta mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan berkesan.

Sikap Anwar Ibrahim dan geng kepimpinan Pakatan rakyatnya yang sering meletakkan calon bagi mewakili sesuatu kawasan secara membabi buta dan bak melepaskan batuk di tangga kini seperti memakan diri sendiri. Tidak dinafikan bahawa Pakatan rakyat sendiri tidak menyangka bahawa akan berlakunya tsunami politik dalam PRU-12 yang lepas. Di sesetangah tempat, Pakatan Rakyat meletakkan calon hanya sekadar untuk mencukupkan syarat iaitu untuk mewujudkan pertandingan menentang Barisan Nasional tanpa menyelidik dan mengkaji terlebih dahulu kemampuan dan kredibiliti calon tersebut untuk menjadi wakil rakyat. Setelah menang dalam PRU-12 tempoh hari maka muncullah masalah satu persatu.

Sebenarnya banyak keburukan jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada apabila keputusan untuk mengadakan PRK diambil. Sepatutnya Anwar perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan menjadikan PRK sebagai keputusan terakhir jika sudah tiada pilihan lain. Soalnya sekarang, PRK ini hendaka diadakan oleh Anwar semata-mata kerana Anwar sudah kebuntuan idea untuk memilih Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di kalangan ADUN PKR yang ada bagi menggantikan Fairus. Umum mengetahui bahawa tinggal 2 orang sahaja ADUN Melayu PKR yang menjadi pilihan iaitu Abdul Malik dan Makhtar. Dan pada pandangan Anwar, kedua-dua pilihan ini masih belum mampu untuk mengisi jawatan yang mencabar ini baik dari segi mental atau fizikal. Atau mungkin Anwar sedar bahawa kedua-dua pilihan ini juga mempunyai rekod yang tidak baik sepertimana Fairus dan hanya menanti perkara ini meletup ke pengetahuan umum.

Anwar mempunyai pilihan lain tapi sayangnya pilihan yang bermain di benaknya tidak berada dalam kedudukan selayaknya iaitu menduduki kerusi DUN. Pada hemat saya, calon yang menjadi pilihan Anwar mungkin Zahrain yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang. Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa mendesak Fairus untuk mengosongkan kerusi Penanti yang disandangnya untuk memberi laluan kepada calon pilihannya iaitu Zahrain untuk bertanding semula merebut kerusi tersebut. Dan jika ditakdirkan Zahrain menang maka secara automatik Zahrain akan dilantik mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Sungguh kuat keyakinan Anwar untuk menang semula kerusi tersebut.

Dengan adanya Pilihanraya kecil secara kerap maka secara tak langsung banyak masa yang sepatutnya diisi dengan perkara lebih berfaedah akan terbuang. Lebih banyak duit kerajaan yang juga datangnya dari duit rakyat akan terbazir. Pihak polis, anggota keselamatan, SPR dan bayak lagi agensi lain terpaksa sekali lagi membuang masa bagi memberi tumpuan kepada PRK yang hendak diadakan. Sepatutnya, pada masa sekarang, dalam keadaan ekonomi dan kestabilan negara yang masih terumbang-ambing, semua pihak perlu bekerja keras dan memberi sepenuh tumpuan untuk memulihkan semula keadaan, bukannya membuang masa dengan pilihanraya kecil yang sepatutnya dari mula lagi boleh dielakkan jika pemimpin yang dicalonkan dan dipilih menjadi wakil rakyat merupakan calon yang berkualiti dan sedia berkhidmat pada mana-mana kedudukan pada bila-bila masa.

Jelas kini menunjukkan betapa Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sifat ego yang tinggi dan lebih gemar mengutamakan kepentingan diri sendiri dan kepentingan matlamat politiknya berbanding dengan kepentingan rakyat dan negara. Dia lebih suka membelanjakan harta dan wang negara serta rakyat dengan perkara yang tak bermanfaat. Bagi Anwar, soal kebajikan rakyat dan keharmonian negara berada di kedudukan terbawah dalam senarai keutamaannya. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang menjadi sanjungan segelintir puak hingga sanggup mengenepikan perlembagaan dan undang-undang semata-mata hendak mengiakan segala kata-kata dan tindak-tanduknya? Jika inilah sifat dan sikap Anwar, maka bersedialah wahai warga Malaysia. Banyak musibah buruk akan berlaku pada masa akan datang selagi makhluk bernama Anwar Ibrahim diberi peluang bermaharajalela.

6 Ulasan

  1. memang buang masa dan tenaga, bukan hendak memajukan dan memakmurkan negara ini, tapi
    untuk kepentingan diri aljuburi sahaja. Inipun belum menjadi pemimpin negara kita dah mula merasai bahang kegawatan serta kesulitan dengan harga barang2 keperluan mendadak naik. kesihan pada rakyat yg berpendapatan rendah, Seharusnya kita kena sedar tindaktanduk anuar jelas menunjukkan dia adalah seorang yang mementingkan diri dan tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.

    BalasPadam
  2. buang masa la PRK ..aku pengundi Penanti ni pun rasa letih la nak PRK lagi .

    BalasPadam
  3. Haa.. ini distraction (mengalih perhatian). DSAI ada lagi muslihat di dalam briefcase nya....awas

    BalasPadam
  4. undi jgn tak undi.maruah umno semakin jatuh.sama sama kita bantu naik semula bukan tuduh menuduh.sorry jgn marah ye

    BalasPadam
  5. Salam,

    1. Di dalam suasana ekonomi yang suram kini ditambah dengan kadar pembuangan pekerja yang terus menjadi statistik, kita sebenarnya tidak memerlukan beberapa PRK

    2. Namun, perkara ini tidak dilihat dan diambil serius oleh pemimpin-pemimpin politik terutama dari pembangkang.

    3. Apa yang penting adalah kepuasan dan kepentingan diri, nafsu dan kuasa. Rasa hormat dan budi terhadap pengundi, pihak-pihak yang terlibat seperti Polis dsbnya untuk mempastikan perjalanan setiap PRK itu berjalan lancar tidak wuduj didalam minda mereka ini.

    4. Jelas kini siapakah yang sebenarnya yang bekerja dan bermain wayang sambil minum menyamun sekali.

    BalasPadam
  6. yang bekerja dan bermain wayang sambil minum dan menyamun sekali tu UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.sekarang ni UMNO yg pegang kuasa maka dialah penyamun sebenar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama