Advertisement - Contact Us

PKR Dakwa 63 Peratus Pengundi Hantu Di Satu Taman Perumahan. - Bernama

Inilah alasan dan isu yang sering dimainkan oleh puak pembangkang atau Pakatan Rakyat setiap kali adanya Pilihanraya Kecil. Malah ia terus hebat dicanangkan tatkala pembangkang merasakan peluang untuk mereka memenangi kerusi tersebut agak tipis atau berada di kedudukan 50-50. Bagi mereka isu pengundi hantu merupakan penyumbang terbesar kepada peluang mereka untuk menarik perhatian rakyat dan pengundi.

Mereka sedar masalah pengundi hantu ini sebenarnya tidak timbul malah boleh dikatakan tidak wujud pengundi hantu di dalam sesuatu kawasan. Peratusan kewujudan pengundi hantu adalah agak mustahil jika dibandingkan dengan tahap teknologi yang dimiliki dan digunakan oleh SPR dalam memastikan kelancaran dan ketelusan sesuatu PRK itu. Matlamat pembangkang hanyalah untuk mempermainkan sentimen kebencian dan menanam rasa syak wasangka kepada SPR yang bertanggungjawab menguruskan Pilihanaya kecil.

Mereka terus memperbodohkan rakyat dengan isu pengundi hantu ini. Walhal sebenarnya rakyat sudah faham dan arif dan tak mungkin untuk terus dipermainkan oleh mereka. Jika benar wujud pengundi hantu, maka sudah pastilah BN menggunakan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan di dua PRK sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kenapa isu ini tidak timbul di dua PRK sebelum ini setelah Pakatan Rakyat berjaya menang di kedua-dua tempat tersebut???

"SUNGAI PETANI, 31 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa seramai 2,215 pengundi hantu dan pengundi yang meragukan dikesan di Taman Bandar Baru Bangi, yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa berkata jumlah itu mewakili kira-kira 63 peratus daripada keseluruhan 3,544 pemilih berdaftar di taman itu.

"Kami menggunakan software Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) yang mendapati sampai ada satu rumah di taman berkenaan dihuni sehingga 60 pengundi," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Fariz berkata yang menjadi persoalan ialah pengundi pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina dan Siam menghuni dalam satu rumah yang sama.

Katanya setakat ini 76 rumah dikesan dan AMK akan memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi tersebut demi mewujudkan demokrasi.

Katanya AMK akan menggabungkan semua hasil semakan pengundi hantu dan ragu sebelum diberikan kepada SPR.

"Hari ini kami akan pergi membuat pengesahan di alamat rumah yang kami dapati mempunyai pengundi hantu dan ragu sebelum menghantar memorandum bantahan kepada SPR," katanya.

Mengenai keputusan Ketua Bahagian Jerai B. Kalaivanar bersama-sama 500 penyokongnya mengumumkan keluar parti dan membubarkan bahagian PKR Jerai semalam, Timbalan Setiausaha Agung Keadilan Dr Xavier Jayakumar menafikan Bahagian PKR Jerai dibubarkan.

Katanya sokongan kaum India terhadap PKR tidak terjejas biarpun Kalaivanar dan penyokongnya keluar parti."
- Bernama

Siapa sebenarnya hantu?
a) Pengundikah yang hantu atau,
b) Anwar Ibrahim yang hantu

1 Ulasan

  1. Jawapannya? Nuar naik hantu.

    Kalau dia datang kempen ke kawasan anda, tunjukkan jari hantu anda kepadanya. Yeeeee-haw

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama