Advertisement - Contact Us

Pak Lah : Perginya seorang patriot...


Terima kasih Pak Lah dan jasamu tetap dikenang. Inilah ungkapan yang paling tepat untuk diucapkan kepada bakal mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang akan beundur secara rasminya dari kedudukan sebagai Perdana Menteri esok. Mungkin tempoh bagi Pak Lah menduduki kerusi Perdana Menteri tidaklah begitu lama jika dibandingkan dengan Perdana Menteri seblumnya, Tun Mahathir, tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun bahawa Pak Lah juga dalam tempoh yang singkat telah meninggalkan banyak jasa dan pengorbanan yang tinggi nilainya samada pada agama, bangsa dan negara.

Jadi, memang selayaknyalah untuk Pak Lah menerima penghormatan buat kali terakhir sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum tiba tempoh pengindiran beliau. Pak Lah memang dikenali ramai sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, mempunyai pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas, berpendirian, berwawasan dan pernah digelar sebagai 'Mr Clean' atau 'Mr Nice Guy'. Beliau juga merupakan seorang ahli UMNO yang cukup setia pada parti walau pelbagai dugaan datang melanda. Beliau pernah kehilangan jawatan dalam kabinet dan kepimpinan tertinggi setelah digugurkan oleh Tun Mahathir sewaktu krisis UMNO 1988 apabila beliau juga dilabel sebagai anggota 'team B' bersama Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan kepimpinan ketika itu. Tatkala Tengku Razaleigh mengumumkan keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Pak Lah kekal setia bersama parti UMNO. Natijahnya, Pak Lah kembali diberi kepercayaan menduduki majlis Tertinggi hingga menjadi Naib Presiden dan apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO maka era kegemilangan Pak Lah bersinar apabila dipilih menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia apabila berlakunya peralihan kuasa antara Tun Mahathir dengannya.

Lain padang, lain belalangnya. Cara kepimpinan Pak Lah mungkin jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendekatan kepimpinan yang diamalkan oleh Tun Mahathir. Namun jika difikirkan secara rasional dan logika, banyak dasar baru yang diperkenalkan olah Pak Lah beleh diterima pakai dan ada antaranya jika dikaji dan ditambah nilaimempunyai valuenya yang tersendiri. Pada awal kepimpinannya, beliau telah memperkenalkan konsep Malaysia 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'. Konsep ini telah membawa negara Malaysia jauh ke depan di dalam arus globalisasi baik dalam sektor ekonomi, pentadbiran malah dalam bidang sukan juga negara Malaysia mula dikenali dan digeruni dalam beberapa bidang sukan oleh negara lain

Pak Lah juga telah memeprkenalkan konsep 'bekerja bersama saya'. Konsep ini telah berjaya menaiktarafkan sektor awam menjadi lebih efisien dan mengurangkan karenah birokrasi. Selain itu, Pak Lah juga telah memberi tumpuan yang khusus dalam usaha untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa baik dalam sektor awam mahupun swasta. Beliau telah mengemaskinikan sistem perundangan negara agar lebih telus dalam usaha menjadikan sistem perundangan negara lebih adil dan saksama.

Dalam sektor ekonomi pula, beliau telah memberi sepenuh perhatian dan cuba meningkatkan daya saing dalam sektor baru iaitu pertanian. Ini sebebnarnya telah membuka ruang dan lembaran baru terutama kepada peneroka pertanian dan penternakan agar lebih berani dan berinovatif bagi memastikan sektor mampu pergi lebih jauh. Beliau telah memperkenalkan konsep ' Pertanian itu satu bentuk perniagaan' yang mana secara tak langsung telah melibatkan banyak pihak terutama di luar bandar dan desa agar terlibat dalam perniagaan bentuk baru ini. Beliau telah berusaha membawa pelbagai teknologi baru dalam bidang pertanian dan telah mewujudkan bioteknologi bertujuan untuk menaiktarafkan bidang pertanian ini. Ini sekurang-kurangnya telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru dan telah berjaya menarik minat ramai siswazah menganggur untuk terjun ke bidang pertanian. Bagi membuktikan kesungguhan beliau memajukan sektor pertanian ini, beliau telah menambah portfolio Kementerian Pertanian yang mana berperanan sama untuk manjaga industri yang berasaskan pertanian.

Tidak sah jika tidak disebut sumbangan beliau memastikan pembangunan negara berjalan lancar serta lebih pesat membangun. Banyak projek-projek mega telah dirancang dan telah dibina di negara Malaysia sepanjang pentadbiran beliau. Beliau telah memastikan setiap projek yang dirancang perlu mempunyai nilai dan mendatangkan manfaat, faedah dan kebaikan terutama kepada rakyat bagi mengelakkan berlakuknya pembaziran serta ketirisan. Beliau telah memberi penekanan dan peruntukan yang tinggi dalam bidang pendidikan dan infrastuktur pertama bagi menambah jumlah modal insan yang berkualiti dan kedua memberi keselesaan dalam kehidupan rakyat. Malah, sebelum pengunduran beliau, beliau telah melancarkan satu lagi projek mega di setiap pembahagian zon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak iaitu Projek Korridor Raya. Projek jangka panjang ini jika berjaya dilaksanakan dan kesinambungan berjaya dikekalkan oleh kepimpinan baru maka matlamat negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

Lupakanlah jika ada cacat cela dan kelemahan sepanjang pentadbiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Maksud lupakan adalah bukan menyalahkan sepenuhnya dan secara berterusan kepada beliau, tetapi berusaha mencari jalan untuk memperbaiki dan memperbetulkan kelemahan yang wujud dengan sebaik mungkin. Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan samada sedar atau secara tidak sedar. Begitu juga dengan Pak Lah. Dalam usaha beliau memberikan yang terbaik kepada negara, mungkin telah wujud banyak kelemahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan. Walau apapun matlamatnya tetap satu iaitu memberi khidmat terbaik kepada agama, bangsa dan negera.

Selamat tinggal Pak Lah. Kami sebagai anak muda pembela negara akan meneruskan perjuanganmu. Terima kasih atas pengorbanan dan jasamu kepada negara tercinta. Jasamu tetap akan dikenang hingga akhir hayat.

Kepada kepimpinan baru. Ingatlah... Yang baru mesti lebih baik dari yang lama. Tunaikanlah tanggungjawabmu dengan penuh kesungguhan berpaksikan agama Islam sebagai agama yang sebenarnya.

HIDUP PAK LAH !!! HIDUP NAJIB !!! HIDUP UMNO !!!

2 Ulasan

  1. wa rasa dia nie deserve utk satu lagi office term...tak pun lagi 2 term kalu najis2 dlm umno n bn semua di ganti kan dgn line up yg lebih credible dr yang dah ada dlm umno melajew (baca melayu).

    dasar pak lah konfirm much better than mamak mahathir... open n freedom of speech much better...

    zaman mahathir...hagham...
    tapi kalu najis berani nak menongkah arus globalisasi..n mengembalikan era mamak mahthir..ma'af...mmmg konfirm tuh yg byk cendiakawn n ahli masyrakat yg byk duk bercakap..nampak gaya mcm tu lah..

    apa pun...i wish keras skit n jgn duk ikut sgt susuk2 melajew umno yg pro mahatir tuh..

    but yeah...he is a nice guy...too slow maybe..
    selamat bercuti n honeymoon bersama nyonya jeanne ya mantan memanda malaysia yg rakyat kasihi.

    LAWAN TETAP LAWAN!

    BalasPadam
  2. Hidup Pak LAh !!!

    sbg rakyat PP ,saya sedih jg Pak Lah bersara ..walaubagaimanapun jasa Pak Lah akan sentiasa dikenang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama