Selasa, 7 April 2009

Nizar menang di Bukit Gantang.

Calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin berjaya memenangi Pilihanraya keci Parlimen Bukit Gantang menewaskan calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dan calon Bebas. Beliau yang juga bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat telah berjaya memperolehi majoriti sebanyak 2789. PRK Bukit Gantang ini juga telah menyaksikan calon Bebas telah kehilangan wang pertaruhan apabila gagal mendapat 1/8 jumlah undi.

"TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan Bebas.

Bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian (19,071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris (62).

Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Mursidi tepat jam 9.39 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi mengalahkan M Murganan (Bebas) dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (BN)."
- B. Harian Online

TAHNIAH !!!
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE