Advertisement - Contact Us

Natijah dan musibah melanda UMNO. UMNO bakal tersungkur.

Berakhir sudah Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai maka bermulalah episod baru, pengalaman baru dan pengajaran baru bagi semua pihak baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Saya tidak mahu menyentuh kemenangan Pakatan Rakyat kerana mereka berhak untuk menang. Apa yang ingin saya persoalkan sekarang, kenapa dan apa puncanya Barisan Nasional terus ditolak oleh rakyat.

Peralihan kuasa dan perubahan majlis tertinggi sudah pun dilaksanakan. Tranformasi dalam UMNO juga telah dan sedang berlaku. Jadi, dimana silapanya dan apa puncanya yang mengakibatkan UMNO dan BN terus diketepikan oleh rakyat. Kemenangan BN di Batang AI tidak sepatutnya dijadikan kayu pengukur terhadap kemampuan BN. Ini kerana Sabah dan Sarawak memang sudah kelaziman menjadi kubu kuat BN. Rakyat Sabah dan Sarawak sebenarya amat memerlukan dan mengharapkan pembangunan dari kerajaan. Mereka sedar bahawa hanya kerajaan sahaja yang mampu membangunkan dan menyumbangkan hal kebajikan kepada mereka dan negeri Sabah serta Sarawak. Mereka sedar bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu memberi dan menyumbang apa yang telah, sedang dan akan diberikan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Senario ini berbeza di semenanjung. Rakyat semenanjung sudah pun mengecapi kenikmatan dan kemamkmuran negara di bawah kerajaan Barisan Naisonal sejak 50 tahun pemerintahan BN. Jadi bagi mereka soal pembangunan bukan lagi menjadi agenda utama rakyat semenanjung. Mereka mahu lebih dari itu. Mereka mahu sebuah kerajaan baru bercorak pentadbiran baru. Mereka mahukan kerajaan yang lebih telus, amanah dan bertanggungjawab serta bijak memanipulasikan isu terutama melibatkan soal kebajikan rakyat. Mereka juga mahukan sebuah kerajaan yang lebih dekat dengan rakyat yang, yang boleh minum kopi semeja dengan mereka, boleh mengacau nasi di gotong-royong majlis kenduri kahwin orang kampung dan boleh bergurau, bertepuk tampar dengan penduduk kampung.

Ini yang rakyat sekarang mahukan dan inilah juga yang gagal dipersembahkan oleh kepimpinan UMNO dan BN walaupun di peringkat akar umbi. Saya bercakap bagi pihak rakyat biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan dari kerajaan. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab saya dan sayang saya kepada UMNO yang telah menjadi paksi perjuangan era datuk dan ayah saya membuatkan saya terus setia dengan UMNO dan ingin melihat UMNO kembali menjadi relevan dan membawa agenda perjuangan asal. Walhal jika diambil kira faktor kepimpinan semasa yang berkitar di sekeliling saya walaupun di peringkat akar umbi iaitu cawangan dan bahagian, tidak hairan kenapa ramai anak muda muak dan meluat untuk berjuang dengan UMNO.

Kenapa UMNO dan BN terus menerima kekalahan? Bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kini terbaru Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Hakikatnya bukan maslah kepimpinan peringkat tertinggi yang diberi perhatian rakyat. Kalau ada faktornya adalah amat kecil. Rakyat juga sebenarnya menyambut baik peralihan kuasa di peringkat tertinggi. Malah rakyat juga sedar betapa banyaknya manfaat dan kebaikan yang telah dicurahkan oleh kerajaan yang diperintah oleh kepimpinan tertinggi.

Yang menjadi punca sebenar penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN adalah disebabkan faktor kepimpinan di peringakat bawahan iaitu cawangan dan bahagian. Kerana merekalah rakyat menjadi jelak untuk memilih dan menyokong UMNO dan BN. Rakyat akar umbi melihat dan menilai apa sahaja yang dilakukan dan berlaku di peringkat cawangan dan Bahagian. Ini kerana peringkat cawangan dan bahagian lah yang paling rapat dan paling hampir dengan rakyat biasa.

Kegagalan kepimpinan peringkat cawangan dan bahagian ditambah faktor sikap yang ditonjolkan oleh kepimpinan peringkat ini membuatkan rakyat rasa terpinggir dan mula menjauhkan diri dari UMNO dan BN. Saya bercakap ada asasnya kerana ia berlaku disekeliling saya. Rakyat melihat betapa angkuh dan sombongnya kepimpinan peringkat bawahan terhadap rakyat biasa. Berjalan sambil mendabik dada dan tangan di belakang ala-ala YB melawat kampung sedangkan baru sahaja menduduki jawatan AJK Penerangan UMNO Cawangan. Itu belum lagi memegang jawatan Ketua Bahagian. Sesetengahnya bercakap dengan orang kampung dengan nada yang cukup sinis dan menyakitkan hati orang yang mendengar.

Di sesetengah tempat ada pihak kerajaan yang berani menengking orang kampung dan orang tua yang tidak faham proedur kerajaan sewaktu hendak mengambil borang permohonan rumah PPRT. Sikap ini berbeza dan bertukar baik bilamana mereka ingin bertanding dan melobi untuk mendapatkan jawatan tertentu. Saya tahu sebab saya juga salah seorang perwakilan yang sentiasa memerhatikan tidak tanduk pemimpin nangoi ini. Semakin hampir waktu bertanding maka semakin keraplah mereka menalifon bertanya khabar. Dan kerap juga mereka melawat kampung memberi sumbangan jersi dan bola kepada pemuda dan memberi sumbangan mangkuk pinggan dan periuk belangan kepada wanita. Itu ketika hendak bertanding.

Bila sudah menang, jangankan sumbangan, apatah lagi menelifon bertanya khabar, muka pun susah hendak nampak. Bila orang kampung ingin berjumpa untuk memohon sumbangan atau untuk mendapatkan tandatangan sokongan borang buku teks anak, pelbagai alasan mengelak diberikan. Sibuk la, mesyuarat la, ke KL la, melawat kawasan la dan 1001 alasan lagi diberikan.Bila pemimpin tertinggi tiba-tiba datang untuk melawat kawasan atau merasmikan apa-apa program, barulah muka-muka nangoi ini kelihatan. Pandai pula meraka berlakon kononya mesra rakyat, berpeluk dengan rakyat, senyum sampai ke telingan dan macam-macam lagi yang dilakukan untuk menunjukkan kononnya merekalah yang terbaik kepada pemimpin tertinggi yang hadir itu.

Ini lah realitinya yang sedang berlaku di peringkat bawahan. Saya percaya perkara sama juga berlaku di banyak tempat di seluruh Malaysia. Jadi tidak hairanlah kenapa UMNO dan BN terus ditolak oleh masyarakat dan rakyat. Jika perkara ini tidak diubah, jika kepimpinan peringkat bawahan iaitu cawangan dan bahagian tidak diperbetulkan dan jika perkara remeh temah ini terus dipandang sepi oleh kepimpinan tertinggi, jadi jangan terkejut dan jangan melopong kehairanan sekiranya UMNO dan BN akan tewas dan ditendang dari kerajaan dalam PRU-13 nanti. Jika 20 atau 30 tahun dulu perkara ini dianggap mustahi, sekarang apa pun boleh berlaku. Jika transformasi di semua peringkat tidak dijalankan pada kadar segera maka tidak mustahillah UMNO dan BN akan benar-benar terkubur dan dikuburkan.

5 Ulasan

  1. You punya pemikiran sama macam bapak aku yang berumur 70 tahun. Walaupun menyampah dengan pemimpin UMNO, tapi masih dengan mentera "kita kena sayang UMNO, sebab UMNO blah blah ....) Well one thing for sure, UMNO cuma satu pertubuhan. Tiada yang holy! Jadi kalau UMNO dah tak dapat diperbaiki - tinggalkan saja. Cari pertubuhan lain yang betul betul memperjuangkan keadilan. Ingat UMNO cuma persatuan, yang membezakan antara persatuan A dan persatuan B ialah hala tuju dan kewibawaan pemimpin. UMNO dah hilang kedua dua nya. Jadi ianya dah tak relevan! Period.

    BalasPadam
  2. Ulasan yang tepat dan jelas terhadap realiti pimpinan UMNO di semua peringkat.

    Transformasi UMNO yang baru perlu kembali dan bertunjangkan "PERJUANGAN DAN BUDAYA ASAL ORANG MELAYU" tanpa disaluti oleh nilai-nilai kotor dan keji yang diamalkan selama ini!

    Amalan-amalan "jijik UMNO" seperti terlalu pentingkan diri sendiri, rasuah, salahguna kuasa, fitnah khianat sebangsa, konspirasi & ugutan politik Melayu, kongkongan intelektual Melayu, meminggir alim-ulamak, persiakan hak tanah Melayu, perkotak-katikkan bahasa Melayu, mencemarkan nilai budaya hidup dan adat susila Melayu yang murni, membelakangkan hukum hakam Islam, memperagakan remaja anak bangsa sendiri untuk kepuasan nafsu serakah, membiarkan anak bangsa mabuk hiburan dan pemujaan nafsu, melindungi pegawai2 kerajaan yang khianati amanah bangsa & undang2 negara, dan banyak lagi isu2 trajis & hak bangsa Melayu yang dienjak2 oleh UMNO.

    Sejak kian lama, UMNO terlalu angkuh untuk mendengar, berkongsi dan menerima kritikan2/ idea2 bernas dari masyarakat majoriti Melayu dan parti2 dominasi Melayu lain seperti PAS, Parti Negara,Berjasa, Hamim, S46, PRM, PKR, dll.

    UMNO meletak para pembangkang Melayu sebagai rakyat kelas tiga yang dinafikan hak mereka dari sisi pengadilan undang2, pentadbiran negara, penyertaan projek2 kerajaan, hak2 bersuara, dll.

    Berubahlah, ... kembalikan "UMNO sebagai tunggak utama Bangsa Melayu" yang tulin dan dihormati ............

    ... daripada MElayu InSAF

    BalasPadam
  3. salam padi,

    di jemput melawat nukilan saya di http://one-forever.blogspot.com

    BalasPadam
  4. saya meluat dengan BPN. tetapi ini kali pertama saya dapat membaca penulisan segar yang bila kalah bermuhasabah bukan menyerang dan fitnah.

    kamu lebih realistik dari BPN termasuk yang dikatakan panglima(kononnya).

    mesti habis sekolah ni
    hehe

    BalasPadam
  5. Salam SMB,
    Saya begitu tertarik dengan artikel ini yang bagi saya patut direnung bersama oleh seluruh ahli-ahli UMNO serta pemimpin tertingginya. Kepada saya ini lah tulisan yang telah memberikan jawapan mudah terhadap soalan rumit,'mengapa dan apa punca serta sebab BN mengalami kekalahan bersiri BN pada 4 pilihanraya kecil berturut-turut selepas BN hampir terhakis pantainya setelah dilanda tsunami rakyat pada PRU12 March 2008 yang lalu.

    Terima Kasih kepada SMB, kerana telah menerbitkan satu tulisan yang begitu meyakikan pembaca. Saya setuju sangat dengan apa yang dikemuka dalam tulisan untuk artikel ini. Syabas!

    Sekian Terima Kasih...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama