Advertisement - Contact Us

Najib naik, Anwar pula bakal tersembam...

Pastinya manusia yang paling duduk tidak senang umpama cacing kepanasan setelah Najib diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-6 tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Jelas kini, cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hanya akan menjadi satu impian yang tak akan kesampaian. Walaupun sudah pelbagai usaha dijalankan bagi mengagalkan peralihan kuasa ini namun kuasa allah umpama merestui paralihan kuasa ini membuatkan usaha Anwar hanya menemui jalan buntu. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Najib oleh puak pembangkang antaranya cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantunya, melabel Najib sebagai punca kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak, menuduh Najib terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan pembelian kapal selam dan helikopter sewaktu beliau memegang portfolio pertahanan dan banyak lagi namun segala-galanya masih tidak cukup untuk meyakinkan Ke Bawah Duli agar tidak memperkenan peralihan kuasa kepada Najib.

Setelah Najib dengan rasminya memulakan tugas sebagai Perdana Menteri, perkara pertama yang diumumkan oleh Najib adalah menarik balik pengantungan sementara penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Kemudian beliau telah mengambil satu lagi langkah drastik yang pastinya akan menambat hati rakyat sebagai langkah awal yang positif iaitu dengan pembebasan 13 tahanan di bawah akta ISA serta mengeluarkan arahan agar keberkesanan perlaksanaan akta ISA ini dikaji semula.

Tindakan awal ini sebenarnya kena pada masanya serta sudah cukup untuk mengzip mulut puak Pakatan Rakyat terutama orang yang paling lantang mengkritiknya iaitu Anwar Ibrahim. Apa lagi yang mampu dikatakan oleh Anwar apabila segala janji yang dicurahkan oleh Anwar kepada rakyat telah pun dilaksanakan dengan jayanya oleh seterunya Najib. Jadi, apa gunanya untuk rakyat menunggu sehingga Anwar menjadi PM sedangkan jelas Najib sudah pun mula menunaikan janjinya kepada rakyat dan mula melaksanakan segala yang selama ini menjadi impian rakyat.

Anwar kini hanya mampu merayu kepada rakyat supaya tidak mempercayai segala apa yang dilaksanakan oleh Najib. Tidakkah ini gila meroyan namanya. Tidak percaya dengan perkara yang sudah dilaksanakan. Ianya seperti tidak percaya KLCC berada di Kuala lumpur. Sudah lah wahai sang anwar. Rakyat sekarang sudah pandai memilih mana yang betul dan mana yang tipu. Anwar tidak sepatutnya terus menggunakan pendekatan untuk menipu rakyat. Anwar perlu mula memikirkan soal atau perkara yang lebih rasional dan logik untuk dijadikan isu. Bukan hanya setakat bercakap semata-mata untuk menarik perhatian dan meraih populariti. Sebenarnya tanjak untuk Anwar menjadi perdana Menteri sudah lama lenyap semenjak hari dimana Anwar dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Yang ada pada Anwar ketika ini hanyalah sifat ingin membalas dendam kepada kerajaan hingga Anwar menjadi buta hati dan sanggup melakukan apa saja termasuk menggadaikan negara malaysia jika perlu hanya semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya iaitu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Kepada rakyat Malaysia, buatlah pilihan terbaik demi masa depan negara dalam jangka tempoh yang panjang dan janganlah terlalu mudah percaya dan terus diperbodohkan oleh politik sempit yang dimainkan oleh puak Pakatan Rakyat.

"SUNGAI PETANI, 3 April (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, kini kerajaan harus mengkaji semula akta berkenaan yang banyak menimbulkan kontroversi.

"Kita menyambut baik pembebasan itu tetapi mahu akta itu dihapuskan terus kerana ia sering disalahgunakan oleh pihak tertentu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Taman Ria di sini.

Ketua pembangkang dan anggota Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa bahawa pembebasan itu adalah hasil desakan kuat pakatan pembangkang yang mahu semua tahanan ISA dibebaskan.

"Jikapun semua tahanan ISA telah dibebaskan, saya tidak mahu pengundi tertipu lagi," katanya.

Najib memulakan lembaran baru pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan 13 tahanan ISA serta berjanji mengkaji semula akta yang sekian lama dianggap kontroversial.

Dalam ucapan sulung selepas mengangkat sumpah menerajui negara, Najib juga menarik balik larangan penerbitan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah; dan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat yang digantung permit bulan lepas.

Mereka yang dibebaskan ialah dua pemimpin Hindraf, tiga rakyat asing, tujuh anggota Darul Islam dan seorang anggota Jemaah Islamiah."
- Bernama

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama