Advertisement - Contact Us

Mohd Yusof mufti baru Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Datuk Mohd Yusof Ahmad dilantik sebagai Mufti baru Kerajaan Negeri Sembilan berkuatkuasa hari ini.

Mohd Yusof, 64, menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 31 Disember 2008.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan dalam satu kenyataan, berkata pelantikan Mohd Yusof itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Mohd Yusof berkelulusan Sarjana Perundangan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dan pentadbiran Islam dan pernah bertugas sebagai pengetua Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor.

Selepas bersara pada 2000, beliau meneruskan kegiatan dalam bidang dakwah Islamiah dan kemasyarakatan.

Mohd Yusof yang berasal dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol, mendirikan rumahtangga bersama Datin Pahariah Jamaludin dan dikurniakan enam orang anak.
- B. Harian Online

Syabas dan tahniah. Semoga mufti baru yang dilantik ini mampu memberikan khidmat yang terbaik demi pembangunan ummah dan kedaulatan Islam di Malaysia.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama