Khamis, 16 April 2009

Mohammad Fairus Letak Jawatan Sebagai Adun Penanti. (Selamat tinggal Fairus...)

Akhirnya, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang meletak jawatan sebagai ADUN Penanti. Ini untuk memenuhi kehendak Penasihat PKR yang masih dalam dilema berhubung isu perletakan calon untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri P. Pinang. Memandangkan kedua-dua ADUN PKR yang tinggal iaitu Abul Malik dan Makhtar tidak sessuai dan belum benar-benar berkelayakan untuk mengisi jawatan itu maka Anwar terpaksa mendesak Fairus meletak jawatan sebagai ADUN Penanti dan membenarkan calon pilihannya mungkin Zahrain yang juga Ketua Perhubungan PKR negeri untuk bertanding merebut semula kawasan Penanti. Jika ditakdirkan Zahrain menang di kerusi tersebut maka peluangnya untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang adalah amat cerah.

"KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini.

ADUN Parti Keadilan Rakyat itu (PKR) itu, dalam kenyataan empat perenggan yang di hantar melaluyi e-mel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," kata Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mohammad Fairus, 32, yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lepas, berkata tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya melantik TKM I Pulau Pinang yang baru minggu lepas tetapi beliau memberi masa seminggu kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat keputusan tentang calon akan menggantikan Mohammad Fairus.

Beliau melanjutkan tempoh itu semalam apabila penasihat PKR itu tidak memberi sebarang nama.

Di PULAU PINANG, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau dimaklumkan bahawa Mohammad Fairus telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain hari ini.

Ketika dihubungi Bernama beliau berkata perbincangan untuk meletak jawatan dibuat antara Anwar dan Mohammad Fairus.

"Urusan itu antara mereka berdua dan saya hanya dimaklumkan sahaja. Perkembangan lanjut, tolong dapatkan dari Speaker," katanya."
- Bernama
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Sebenarnya orang melayu PAS dan UMNO telah dipermainkan oleh seorang manusia bernama Anwar "Drama King" Ibrahim!

    Kenapa saya katakan demikian? Sebabnya ini adalah permainan polilitik gila Si Agen Zionis ini, dia telah mengaturkan segalanya dan kini PAS dan UMNO seolah-olah berada di dalam keadaan "Check Mate"

    Bila melayu berpecah siapa yang untung? Jawapannya ialah tiada siapa yang untung pun! Kecuali Anwar dan cita-cita politik gilanya sahaja! Demi mendapatkan kuasa atau lebih tepat lagi saya mengatakan demi hendakkan kerusi PM Anwar sanggup berbuat apa sahaja hatta sanggup menghancurkan bangsa sendiri sekali pun!

    Inilah kenyataan pahit yang harus ditanggung oleh dua parti yang mewakili kaum melayu di negara kita ini.

    Di dalam keadaan sekarang ini, UMNO sudah mula mendapat semula kepercayaan orang melayu namun ianya tidak cukup untuk UMNO memenangi sesebuah kawasan yang ditandingi kerana masih ada segelintir kaum melayu yang menyokong PAS!

    Namun bilangan orang Melau yang menyokong PAS ketika ini amat kecil sekali, saya tahu jauh di sudut hati pemimpin-pemimpin PAS memang ada yang terasa kepiluan apabila mereka semakin kurang mendapat sokongan mealyu/islam.

    Angkara siapakah ini? Kenapa PAS masih tidak mahu muhasabah diri? Kenapa PAS terlalu ego untuk mengakui yang mereka lebih memerlukan UMNO dari UMNo memerlukan PAS ketika ini? Kenapa tidak boleh diadakan satu kata sepakat di antara UMNO dan PAS demi menjaga kebajikan bangsa melayu?

    Kenapa harus PAS menjadi pak turut? Kenapa harus PAS menjadi budak suruhan kepada beberapa individu yang gilakan kuasa? Kenapa PAS tidak meletakkan kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan peribadi Anwar dan kumpulan Erdogan dalam PAS?

    Siapa yang menguasai PAS sekarang ni? Golongan ulamak atau golongan 'ERDOGAN" yang bertuhankan Anwar "Kaki Putar Alam" Ibrahim?

    Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana telah "check mate" kan PAS dan UMNO!

    Apa pendapat anda? Siapa yang rugi?

    HILANGLAH SUDAH ERTI KEMERDEKAAN DI BUMI YANG TERCINTA INI GARA-GARA SEORANG MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR YANG TERLAMPAU GILAKAN KUASA SEHINGGA SANGGUP MENGHANCURKAN NEGARA MALAYSIA!

    BANGUNLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA, MARILAH KITA SEPAKAT MENOLAK ANWAR IBRAHIM YANG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH AGEN YAHUDI ZIONIS INI!

    MARILAH KITA BERSATU!

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE