Advertisement - Contact Us

Kerja turap jambatan Pulau Pinang selama 16 hari mulai esok.

Pengguna Jambatan Pulau Pinang akan berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang kronik selama 16 hari bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penurapan semula jambatan tersebut. Ini berikutan projek kerajaan untuk melebarkan jambatan sedia ada dari 2 lorong ke 3 lorong. Penduduk negeri Pulau Pinang diminta agar bersabar dengan masalah ini kerana ia demi untuk kebaikan bersama pada masa akan datang setelah projek pelebaran ini selesai. Adalah dinasihatkan kepada pengguna Jambatan Pulau pinang terutama pada waktu puncak agar mengatur perjalanan sebaik mungkin iaitu keluar bekerja lebih awal dari biasa atau cuba elakkan dari menggunakan Jambatan Pulau Pinang kecuali jika terpaksa.

"PULAU PINANG: Kerja-kerja penurapan laluan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang dilebarkan akan bermula selama 16 hari mulai esok, kata Timbalan Pengurus Besar Penang Bridge Sdn Bhd, Abdul Rahman Hassan.

Beliau berkata, kerja penurapan akan dilakukan di kedua-dua belah jambatan secara bergilir-gilir mulai dari laluan Butterworth ke bahagian pulau dari KM 0.3 hingga KM 3.3.

"Bagi memastikan kelancaran aliran lalu-lintas, dua daripada tiga lorong akan dibuka sepanjang tempoh penurapan dari 10 pagi hingga 4 petang," katanya.

Kerja pelebaran jambatan oleh kontraktor utama UEM Construction Sdn Bhd yang dijadual siap sepenuhnya Jun ini, kini 98 peratus siap sebelum dibuka kepada lalu-lintas mulai September."
- B. Harian Online

1 Ulasan

  1. sabar la ..tp kerja2 ini akan lewat kerana kerajaan LGE sudah stop kuari ( supplier utama) untuk projek ini daripada beroperasi kerana isu berkaitan royalti dan isu rasuah fairuz .sekarang ini semua pekerja kuari sudah tak kerja sementara menunggu siasatan selesai

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama