Advertisement - Contact Us

Kerana PAS, DAP berani permainkan ayat Al-Quran.

Bagaimana perkara yang memberi satu penghinaan kepada seluruh umat Islam yang telah dilakukan oleh rakan sekongkol PAS boleh dibiarkan malah menjadi sanjungan oleh puak-puak PAS yang selama ini melabel diri sendiri sebagai pejuang agama Islam? Adakah kerana DAP yang nyata kekafirannya menjadi rakan sekopi PAS maka apa saja yang dilakukan walaupun melibatkan sensitiviti agama Islam dihalalkan oleh suku sakat PAS?

Bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh ADUN Pantai Remis itu benar-benar memberi satu tamparan hebat kepada orang-orang Islam. Pertama, kerana jelas bacaan yang disampaikan mempunyai kesalahan hukum tajwidnya. Kedua, matlamat ayat al_Quran ini digunakan adalah semata-mata mempunyai kepentingan politik untuk berkempen.

Ketiga, Bagaimana seorang yang bukan Islam yang jelas tidak beriman kepada kitab Al-Quran boleh menggunakan ayat Al-Quran untuk menarik perhatian orang Islam. Dan keempat terdapat beberapa pemimpin DAP yang berada di situ termasuk Lim Guan Eng telah tertawa geli hati setelah barua DAP itu habis membacakan terjemahan ayat Al-Quran itu. Adakah ayat Al-Quran yang dibaca itu merupakan satu perkara yang lucu dan menggelikan hati???

Pakatan Rakyat benar-benar sudah melampaui batas ketatasusilaan. Mereka nampaknya mula memandang remeh soal sensitiviti masyarakat, bangsa dan agama. Mereka sedia melakukan apa saja hanya semata-mata untuk mencapai matlamat politik mereka termasuk sedia mengancam keharmonian masyarakat dalam negara ini. Prinsip keterbukaan jua ada batasnya dan tidak sepatutnya ada pihak yang berani melampaui batas yang boleh membuatkan segelintir pihak lain berasa terhina dan kecil hati. Ini buruk padahnya.
PAS pula semakin hari semakin jelas menunjukkan betapa diri mereka sedia untuk dipergunakan dan diperkudakan oleh pihak lain. Prinsip perjuangan Islam yang kononnya selama ini menjadi pegangan mereka kini mula diketepikan dan digantikan dengan prinsip perjuangan berkepentingan.

"AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming perlu memohon maaf dan menghentikan perbuatan membaca ayat al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi kerana ia menghina umat Islam.

Malah, pelbagai pihak, termasuk mufti, Majlis Fatwa dan pihak berkuasa juga digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi menyekat perbuatan itu kerana ia mempersenda agama Islam.

Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata tindakan Nga yang juga Setiausaha DAP Perak membacakan ayat al-Quran ketika berceramah adalah salah dan perlu diperbetulkan masyarakat Islam sendiri.

"Membacakan ayat al-Quran dan tafsirnya tidak salah, tetapi jika ia dibaca untuk tujuan peribadi dan kepentingan politik semata-mata selain bacaannya tidak mengikut hukum tajwid adalah salah.

"Perbuatan Nga jelas menunjukkan niat membaca ayat al-Quran hanya untuk meraih undi bagi kepentingan politik terutama mendapatkan sokongan bagi kemenangan Pas dalam pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini, semalam.

Laporan itu dibuat susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama tempoh satu minit 16 saat.

Dalam rakaman itu, Nga didakwa memberi salam secara tidak tepat dan membacakan petikan yang didakwa dari Surah 'Aura' yang tidak ada dalam al-Quran.

Ucapan berkenaan dipercayai disampaikan oleh Nga ketika berkempen di Tapak Pesta Simpang, dekat sini. Turut sama mendengar ucapan ialah Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Sementara itu, Setiausaha BBPM, Hassan Hamzah berkata, pihaknya meminta Nga memohon maaf atas perbuatan itu dan meminta pemimpin Pas memberi pandangan mengenai hukum perbuatan menggunakan al-Quran yang tidak dibaca dengan tepat semata-mata meraih undi.

“Cukuplah dengan perbuatan terlanjur itu. Cuma Nga digesa memohon maaf atas perbuatan itu. Kami bersedia berdamai dan menerima maaf kerana Islam adalah agama perpaduan, saling memaafkan dan cintakan keamanan.

"BBPM menggesa pihak berkenaan memantau perbuatan itu dan tidak membiarkan ia berterusan. Sebagai Islam, kita tidak boleh bersubahat dengan perbuatan sedemikian kerana ia dilakukan untuk kepentingan politik,” katanya."
- B. Harian Online

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama