Advertisement - Contact Us

Kedegilan Pakatan Rakyat memainkan isu biadap.

Hakikatnya sekarang, tidak ada lagi isu yang relevan dan yang sesuai yang benar-benar membawa kebaikan dan manfaat baik kepada rakyat mahupun negara yang boleh dimainkan oleh barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat. Ini kerana, kerajaan dengan sebaik mungkin telah memainkan peranan untuk memastikan setiap isu atau permasalahan yang timbul tidak kira samada melibatkan kebajikan rakyat ataupun hal ehwal negara telah diambil perhatian dan diselesaikan. Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta suasana ekonomi dan pentadbiran yang stabil dan tenteram.

Disebabkan inilah maka pihak pembangkang umpama ketandusan isu dan kekeringan modal perkara berbangkit yang boleh diketengahkan untuk menarik perhatian rakyat dan pengundi. Jika sebelum ini mereka boleh memainkan isu kenaikan harga minyak dan barang, namun sekarang kerajaan telah menurunkan semula harga minyak mengikut pasaran dan mengawal serta memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan kegunaan harian tidak melonjak naik. Kemudian Anwar cuba mewujudkan polemik dalam politik dengan membuat spekulasi sendiri bagi menarik keyakinan rakyat kononnya akan berlaku peralihan kuasa kerajaan secara besar-besaran apabila akan ada ahli parlimen kerajaan yang akan melompat parti pada 16 September 2008. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ADUN PKR sendiri yang melompat keluat dari Pakatan Rakyat hingga mengakibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang dan Anwar sendiri disuruh bertaubat oleh sekutunya, Karpal Singh.

Kini, bagi menghadapi PRK di tiga kawasan ini, Pakatan Rakyat cuba memainkan isu kedaulatan dan hak sultan dan raja. Kemudian cuba untuk meniup sentimen perkauman dan berdolak dalih berkenaan isu agama. Menabur fitnah tentang dakwaan penglibatan Najib dengan kes Altantunya dan cuba untuk mencampuri hal dalaman parti UMNO dengan mempertikaikan tanggungjawab Lembaga Disiplin UMNO. Jika dinilai semua isu yang cuba disentuh oleh Pakatan Rakyat ini, maka dengan jelas bahawa tidak ada satu pun yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat kepada rakyat. Malah akan lebih memburukkan keadaan jika terus dibiarkan isu sentimen perkauman dan kedaulatan raja-raja dipergunakan.

Maka, rakyat perlu sedar dan memahami akan kedudukan Pakatan rakyat sebenarnya yang benar-benar terdesak dan desperate untuk menagih perhatian rakyat. Mereka rela melakukan apa sahaja demi untuk mencapai objektif politik mereka walaupun ke tahap terpaksa menggadaikan agama, bangsa dan negara. Buatlah pilihan dengan betul dan tepat. Jangan marahkan nyamuk, maka satu kelambu dibakar.

"TAIPING 1 April - Pas tetap menggunakan isu keputusan Sultan Perak memperkenan pelantikan Menteri Besar yang baru dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai bahan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Asmuni Awi berkata, ini kerana syarat terbaru yang dikeluarkan oleh polis, melarang dua isu tersebut dibincangkan adalah bertentangan dengan hak kebebasan bersuara.

Beliau turut meminta penceramah pembangkang agar tidak berasa ragu untuk menyentuh kedua-dua isu itu selagi tidak melanggar batasan undang-undang.

"Dalam sebuah negara demokrasi, kita sepatutnya boleh membincangkan apa sahaja topik, untuk apa isu tersebut dihalang daripada dibincangkan?

"Jadi apa sahaja isu berkaitan dengan kepentingan rakyat kita akan sentuh dan saya nampak apabila syarat itu dikenakan sebenarnya polis mahu kita menghormati batasan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas larangan polis kepada parti-parti politik agar tidak menggunakan kedua-dua isu tersebut dalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil berkenaan.

Asmuni yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Bukit Gantang berkata, syarat itu boleh dicabar selagi semua penceramah Pas tidak melanggar batasan undang-undang.

"Setakat ini, kita tidak menerima surat mengenai larangan itu tetapi syarat yang diletakkan bagi kelulusan permit ceramah ada menyatakan dilarang menyentuh isu yang boleh menghasut," katanya.

Jelas beliau, Pas tidak mempertikaikan keputusan Sultan Perak sebaliknya mempersoalkannya daripada sudut perundangan.

"Isu Altantuya pula kita mahu tahu mengapa tindakan saman tidak diambil ke atas sebuah akhbar Perancis, memanggil duta negara itu atau meminta Kementerian Luar mengeluarkan nota bantahan.

"Sekiranya berita yang dilaporkan akhbar asing itu tidak benar, ini satu penghinaan kepada pemimpin negara dan Malaysia sendiri," katanya.

Beliau menganggap larangan terbaru itu adalah untuk kepentingan individu tertentu dan jentera kempen Barisan Nasional (BN) yang mempunyai masalah untuk menjawab kedua-dua isu itu. "
- Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama