Advertisement - Contact Us

Gimik Anwar untuk menipu rakyat.

Nama Anwar umpama sudah sinonim dengan penipuan. Bila mana sebut sahaja nama Anwar Ibahim, perkara yang bermain-main di benak adalah "Apa lagila yang Si Anwar nak tipu pula???" Ini mungkin disebabkan Anwar dan geng Pakatan Rakyatnya seperti sudah ketandusan isu untuk dibawa dan diketengahkan bagi menarik perhatian rakyat dan pengundi. Mahu tidak mahu maka mereka terpaksa mencipta dan mencetus cerita serta gimik palsu yang kemudiannya disensasikan kononnya seperti ianya benar-benar berlaku.

Terbaru Anwar cuba menarik perhatian rakyat kononnya dia akan mengumumkan sesuatu yang menggemparkan hari ini. Tunggu punya tunggu rupanya apa yang hendak ditipunya adalah kononnya ada ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) yang akan menyeberangi parti dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat hari ini. Apa punya 'turrr' la Anwar ni. Kemungkinan untuk orang India Bn melompat ke Pakatan rakyat agak mustahil tetapi jika India PR yang akan melompat menyertai BN, itu besar kemungkinan boleh berlaku. Ini kerana, baru semalam Najib telah mengumumkan berita yang menggembirakan majoriti orang India terutama dari kumpulan Hindraf iaitu pembebasan 13 orang tahanan ISA yang rata-rata dari kaum India. Kaum keluarga yang terlibat dengan pembebasan ini pastinya berasa gembira dan berterima kasih kepada Najib dan sebagai balasannya maka berbondong-bondonglah orang India akan memberi sokongan kepada barisan nasional.

"SUNGAI PETANI 4 April - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan terus membuat gimik politik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau antaranya, mengumumkan kemasukan ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) menyertai parti pembangkang itu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalankan kempen di Bukit Selambau dijangka membuat pengumuman itu yang diuar-uarkan sebagai pendedahan tergempar.

Bagaimanapun para pemimpin tempatan termasuk dari PPP menolak dakwaan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.

Menurut mereka, ia hanya sebagai gimik politik pembangkang yang semakin ketandusan bahan kempen berikutan peningkatan sokongan terhadap calon BN, Datuk S. Ganesan."
- Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama