Advertisement - Contact Us

GEMPAR!!! Makin ramai ahli PKR menyeberangi ke Barisan Nasional...

5 Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat di Kedah telah mengambil keputusan untuk keluar dari PKR dan menyertai serta memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional. Turut serta bersama mereka adalah kira-kira 5000 orang ahli PKR di kelima-lima bahagian di seluruh Kedah. Antara ketua bahagian yang mengambil kepututsan itu adalah dari Baling, Pendang, Sik dan di 2 bahagaian lagi. Pengumuman untuk keluar dari PKR ini dibuat melalui satu sidang media di Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani dan telah disiarkan melalui Buletin Utama, TV3.

Alasan yang diberikan adalah hilanh kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi PKR dan mendakwa perjuangan PKR sudah lari dari landasan asal. Selain itu, antara sebab lain adalah rasa terpinggir oleh kepimpinan kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan PAS. Pengumuman ini dibuat sekitar jam 7 tadi.

Pada sebelah siang, seramai kira-kira 1000 ahli PKR Merbuk yang diketuai oleh bekas setiausaha politik V. Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau, telah bertindak keluar dari parti PKR dan memberi sokongan penuh pada calon BN. Antara alasan yang diberikan adalah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa Anwar Ibrahim langsung tidak mahu berbincang dan mendengar pendapat kepimpinan PKR bahagian Merbok dalam soal pemilihan calon bagi PRK Bukit Selambau.

Mungkin inilah kejutan yang cuba disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Bezanya cuma bukan ahli PPP yang juga komponen BN yang akan keluar dari BN dan mengalih sokongan kepada Pakatan rakyat tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah Ahli PKR termasuk kepimpinan tertinggi PKR peringkat negeri dan bahagian yang keluar dari PKR dan menyertai serta memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

"SUNGAI PETANI, 6 April ( Bernama ) -- Lima ketua bahagian parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang meletak jawatan itu ialah ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad Ketua Bahagian Baling, Bakar Din, Ketua Bahagian Padang Serai, Hamid Othman, Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa dan Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.

Azhar berkata, mereka telah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu yang didakwa sebagai tidak relevan lagi kerana Anwar membawa parti itu ke arah merugikan masa depan orang Melayu.

Katanya, selepas kemenangan besar pilihan raya umum lepas, penasihat PKR itu tidak memperdulikan ketua-ketua bahagian yang selama ini membantunya.

"Saya kecewa kerana Anwar sudah mula lupa daratan dan lebih mengutamakan pandangan daripada pemimpin PAS dan DAP dalam membuat sebarang keputusan mengenai masa depan rakyat di negara ini, terutamanya orang Melayu, kata beliau.

Azhar berkata, Anwar juga telah mengabaikan pimpinan bahagian PKR dan tidak melantik mereka dalam sebarang jawatan termasuk jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK).

"Di Kedah tidak ada orang PKR dilantik menjadi MKK semuanya dikuasai oleh PAS, di mana kewibawaan Anwar dalam mencaturkan tempat untuk pemimpin PKR yang setia di Bahagian", kata beliau.

Kesemua lima bekas ketua bahagian berkenaan mahu pengundi di Bukit Selambau tidak terperangkap dengan ceramah Anwar dan mahu mareka menolak calon PKR S. Manikumar."
- Bernama

2 Ulasan

  1. Anwar hanya mampu berharap bahawa ini semua hanyalah mimpi dan akan berakhir sebaik beliau bangun keesokan hari...

    BalasPadam
  2. orang BN yang frust8 April 2009 pada 3:59 PTG

    aku cukup hairan. dah 5000 ahli PKR ni masuk BN. tapi BN tak juga menang.
    Persolan?
    1. Adakah mereka yang keluar dari PKR ni masih lagi memangkah PKR waktu pilihanraya lepas?
    2. Adakah aku tertipu oleh media massa?
    3. adakah media massa nie di tipu oleh orang2 PKR nie?

    aku pun tak paham.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama