Advertisement - Contact Us

Di sebalik penyisihan Khairy dari barisan kabinet Najib.

Teka teki berhubung perlantikan barisan kabinet dari kalangan Pemuda akhirnya terjawab sudah. Umum sudah pun mengetahui melalui pengumuman yag dibuat oleh YAB Perdana Menteri bahawa barisan kabinet kali ini akan diwakili oleh dua pemimpin dari kalangan Pemuda iaitu Naib Ketua Pemuda, Dato' Razali Ibrahim yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Belia Dan Sukan dan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menjadi Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri.

Pada masa yang sama barisan kabinet baru ini juga menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan dalam mana-mana kementerian. Pelbagai spekulasi telah timbul berhubung perkara ini. Ada pihak yang mempertikaikan perlantikan Dato' Mukhriz dalam kabinet memandangkan beliau tewas dalam perebutan ketua Pemuda di tempat ketiga walhal Khairy yang menang sebagai Ketua Pemuda tidak dilantik dalam kabinet.

Jika dinilai secara kasar mungkin wujud 'double standard' dalam pemilihan barisan kabinet baru oleh Najib berhubung perlantikan Pemuda. Ada pihak yang mentakrifkan sebagai pentadbiran Najib dibayangi oleh mantan Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir. Mungkin ada rasionalnya dengan takrifan ini berdasarkan beberapa tindakan yang berlaku kebelakangan ini. Tun Mahathir dilihat amat merestui kepimpinan baru ini. Sebaik sahaja peralihan kuasa belaku antara Tun Abdullah dengan Najib, Tun Mahathir terus mengishtiharkan untuk kembali ke pangkuan UMNO. Mungkin sebagai tanda hormat dan terima kasih Najib kepada Tun Mahathir, maka Najib telah mempelawa Tun untuk menjadi penasihat UMNO bertaraf Menteri Kanan.

Ketepikan soal Mahathir. Penyisihan Khairy dari barisan kabinet perlu dinilai dari aspek yang positif. Khairy perlu sedar dan akui akan kedudukan dirinya di mata masyarakat. Kemenangan Khairy sebagai Ketua Pemuda tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ia hanyalah pemilihan di kalangan perwakilan. Walhal jika diimbas kembali jumlah pencalonan yang diterima, jelas menunjukkan bahawa Khairy masih belum diterima sepenuhnya oleh akar umbi. Kesimpulannya Khairy perlu akui bahawa masyarakat masih melabel imej negatif kepadanya baik sebagai menantu Pak Lah, Pendominasi ekonomi sewaktu era Pak Lah dan terbaru penglibatannya dalam gejala politik wang walaupun dikenakan hukuman yang agak ringan.

Jadi, sekiranya Najib mengambil keputusan untuk melantik Khairy dalam kabinet maka dengan erti kata lain Najib umpama menempah bencana baik kepada kerajaan mahupun UMNO pimpinannya. Kesempatan dengan tidak dilantik ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh Khairy. Pertama, untuk memmulihkan imejnya di mata masyarakat. Kedua, berusaha mengembalikan keyakinan orang muda untuk berjuang bersama UMNO semula di bawah kepimpinannya. Ketiga, untuk memberi sepenuh komitmen dalam usaha untuk memperkasakan semula Pemuda. Keempat, untuk meredakan semula tahap kemeluatan masyarakat kepada Khairy. Perkara ini perlu diakui oleh Khairy.

Penyisihan ini tidak perlu diratapi oleh Khairy mahupun penyokongnya. Malah ia perlu dijadikan sebagai batu lonjakan kepada Khairy untuk melangkah dengan lebih yakin dan penuh dedikasi. Lakukan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Jangan terlalu gelojoh kerana ia buruk padahnya. Perkuatkan diri dan barisan di belakang terlebih dahulu sebelum melakukan 'come back' yang lebih berkesan. Harus diingat bahawa pemilihan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri MITI membawa satu cabaran yang amat besar. Mukhriz perlu berusaha menyelesaikan masalah AP sebaik mungkin memandangkan isu ini pernah menerima kritikan yang amat hebat dari ayahandanya, Tun Mahathir.

Apa yang perlu dilakukan oleh Khairy kini adalah untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap usaha-usaha memperkuatkan dan memperkasakan serta mengembalikan keyakinan para Pemuda untuk kembali berjuang bersama UMNO. Khairy perlu mencari jalan untuk menjadikan suara Pemuda kembali digeruni baik oleh pihak lawan mahupun kawan sendiri. Pemuda perlu menjadi bukan sahaja suara kerajaan malah suara rakyat untuk dibawa dan diambil tindakan oleh pihak atasan. Biar kita jadikan barisan Pemuda di bawah pimpinan Khairy lebih diyakini oleh rakyat dalam membela soal kebajikan dan hak rakyat. Barisan Pemuda perlu gegarkan kepimpinan UMNO dan kerajaan dengan suara lantang dan penuh keyakinan dari kita.

Ingatlah wahai KJ, kami sentiasa berada di belakang anda...

5 Ulasan

  1. tahniah..ulasan yang cukup versetile..
    perjuangan masih jauh..teruskan dgn kecekalan!

    BalasPadam
  2. Tak patut KJ tidak dilantik.. Beliau pemimpin yang berkarisma dan berpandangan jauh. Mukhriz masih dibayangi oleh bapanya sendiri. Tidak ada kredibiliti.. Malah untuk PRU12 dan PAU pun bapak tolong kempen. Kita perlukan pemuda berani dan lantang seperti Khairy untuk memulihkan UMNO. Kepada penyokong Khairy.. harap bersabar.. KPI akan menentukan nasib Mukriz..

    BalasPadam
  3. Salam SMB,
    Pendapat saya.,Khairy harus diberi peranan dalam kabinet baru itu..saya melihat keupayaan Khairy ini daripada beberapa sudut memang harus diberi tempat jika bukanpun sekarang, pada rombakkan yang akan datang pun boleh...

    Walaupun sebelum ini saya seperti anti-Khairy berikutan pembabitan beliau dengan pembebasan anwar dari penjara Sg. Buloh, namun setelah saya melihat kesungguhan dia untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi saya fikir perhatian harus diberikan kepada beliau.

    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  4. kau kj perosak melayu... mcm anuar... tlglah bersara..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama