Advertisement - Contact Us

Cadangan untuk memantapkan komuniti bloggers UMNO... (Harap dipertimbangkan)

Peranan yang dimainkan oleh para blogger dalam zaman serba It ini amat penting dan amat besar nilainya. Tidak boleh dinafikan lagi komitmen yang diberikan oleh bloggers dalam usaha menyampaikan wadah perjuangan UMNO dan membetulkan persepsi rakyat serta masyarakat terutama di kalangan pengguna internet yang mana rata-ratanya datang dari golongan muda. Pembangkang yakni Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa saluran alternatif ini telah berjaya menarik pengaruh pengundi dan menjadi satu kaedah berkempen yang amat berkesan dan terus kepada rakyat.

UMNO melalui barisan kepimpinan Pemuda yang baru dilantik harus sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh para bloggers ini. Bloggers juga boleh dianggap sebagai agen penerangan dalam usaha UMNO menyampaikan dan menerangkan dasar serta perancangan yang akan dijalankan oleh kerajaan. Sehubungan itu, bermula dengan Pemuda dan belia, beberapa langkah penting perlu dirancang dan diambil tindakan bagi membentuk barisan bloggers pro kerajaan yang lebih mantap dan berilmu.

Pertama, di bawah pemantauan kepimpinan Pemuda UMNO, perlu diwujudkan sebuah komuniti bloggers yang pro UMNO dari kalangan Pemuda menjadi lebih sistematik dan tersusun. Mungkin perlu ada jawatankuasa khusus dari kepimpinan Pemuda yang menjaga barisan bloggers ini. YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO boleh dilantik menjadi penaung bagi komuniti bloggers ini. Tidak semua para blogger menjawat sebarang jawatan dalam Pemuda samada peringkat cawangan atau bahagian. Segelintirnya hanyalah ahli biasa yang tidak berpeluang untuk dipilih untuk apa-apa jawatan namun mempunyai semangat untuk menyampaikan wadah perjuangan melalui penulisan blog. Sekurang-kurangnya dengan wujudnya komuniti ini maka golongan bloggers ini akan rasa dihargai dan berpeluang untuk lebih rapat dengan barisan kepimpinan tertinggi.

Kedua, barisan kepimpinan Pemuda UMNO mungkin perlu menganjurkan atau mengadakan aktiviti permukiman, kem bina semangat dan jati diri atau sekurang-kurangnya seminar kepada barisan bloggers ini. Ia bertujuan untuk membina semula dan memupuk rasa sayang dan cinta kepada UMNO, parti pusaka orang Melayu. Aktiviti ini boleh diadakan bersama-sama kepimpinan Pemuda peringkat negeri dan peringkat tertinggi. Ini akan memberi ruang kepada bloggers untuk mengenali pemimpin mereka dan sekurang-kurangnya ia akan dapat merapatkan tali silaturrahim di kalangan kepimpinan Pemuda dan bloggers.

Ketiga, kepimpinan tertinggi Pemuda juga perlu sentiasa mengadakan aktiviti perjumpaan di antara kepimpinan dan bloggers. Melalui perjumpaan ini maka ia boleh dijadikan tempat untuk bertukar pendapat, berbincang berkaitan perkembangan parti, isu-isu terkini dan banyak lagi perkara berfaedah yang boleh diperolehi. Ini dapat menyumbang idea kepada para bloggers untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik dan berkualiti serta terkini.

Diharap pihak kepimpinan tertinggi dapat menilai dan mengkaji baik buruk cadangan yang saya kemukakan ini. Saya menyokong penuh sekiranya ada usaha-usaha dari kepimpinan tertinggi Pemuda untuk merealisasikan cadangan saya ini. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari jalan bagi menguatkan parti UMNO sebagi parti keramat orang Melayu dan mewujudkan semangat bersatu-padu di kalangan Pemuda.

6 Ulasan

  1. Harap Pemuda UMNO keluarkan satu stiker mcm tahun 90 an dulu..

    UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA...

    satu lagi harap kita promosikan smua bloggers UMNO.Biar gen muda tahu kewujudan kita.Bongkarkan kemunafikan PR terutama PKR...

    Satu lagi harap Pemuda UMNO baru jadi kumpulan pendesak agar krjn kaji balik pemansuhan Kem Usahawan Koperasi..Kami syg datuk Noh Omar.Walaupun dia mulut lazer tp dia byk bantu Melayu berniaga..Ketepikan persengketaan sesama UMNO,ingat rakyat dahulu.Tanpa rakyat pupuslah UMNO

    BalasPadam
  2. Apa ler korang nih.. cuba lah jangan tuding menuding.. sikit-sikit PR.. macamlah PR memerintah Malaysia nih.. Cuba bermusahabbah sikit.. kaji silap dari dalam dulu.. kata perjuangkan agama.. agama tak galak tuduh menuduh.. harap "saya" cuba perbaiki diri sendiri dulu.. ingat kalau PR tak bongkarkan puak UMNO.. UMNO tak berubah..

    Aku cakap ni ikhlas.. cari kesalahan dalam diri sendiri.. baru cari salah orang.. sekali lagi diingatkan yang memerintah ialah BN bukan PR..

    BalasPadam
  3. Sebenarnya bukan Melayu tak sokong UMNO, tapi mereka hilang kepercayaan kerana sikap hipokret dan pemimpin yang sombong bongkak, Rasuah dan kurang Islamik....

    BalasPadam
  4. Setuju Bro.

    Aku dah war-war kan cadangan hang ni kat kepimpinan tertinggi di myKMU. So, kita tunggulah apa yang boleh depa buat.

    Salam Perjuangan.

    BalasPadam
  5. saya setuju dan BPN sedia menyokong untuk tujuan menyatukan blogger pembela negara ini..

    ada masa boleh YM tak ? ada hal nak sembang sikit.

    hehehe


    p/s : ada masa buat list BPN ye...dan add chatroll BPN di sini..

    tq

    BalasPadam
  6. sokong....ttp tak mahu bekerja di bawah Ketua Pemuda sekarang....itu muktamad

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama