Advertisement - Contact Us

Bersediakah rakyat Malaysia menerima konsep One Malaysia?

Saya tertarik dengan laporan media semalam yang telah mengupas salah satu aspirasi DS Najib melalui konsep 1Malaysia yang diperkenalkan beliau. Berdasarkan laporan tersebut, rakyat Malaysia dikatakan sudah lama mengamalkan konsep intergrasi yang baik antara kaum. Cumanya, rakyat Malaysia masih belum dapat mengikis sepenuhnya sifat pro etnik yang ekstrem. Sehubungan ini, salah satu konsep 1 Malaysia yang cuba diterapkan keada seluruh rakyat Malaysia adalah untuk berusaha ke arah mengasimilasikan antara etnik di Malaysia.

Memang tidak dinafikan bahawa hampir keseluruhan rakyat Malaysia sudah boleh berintergrasi dalam konteks komunikasi seharian. Seluruh etnik di Malaysia sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dan dapat hidup dalam suasana harmoni dan penuh perpaduan. Ini mungkin disebabkan oleh dasar yang digunapakai oleh penjajah negara sejak dari mula yang mana telah membeza-bezakan dan memetak-metakkan etnik di Malaysia mengikut taraf penglibatan ekonomi, sosio kemasyarakatan dan beberapa kriteria lain. Sebagai contoh, orang Melayu diletakkan di kawasan kampung dan luar bandar memandangkan mereka lebih ramai terlibat dalam sektor pertanian dan perikanan, Orang Cina di kawasan bandar yang lebih menumpukan kepada sektor perniagaan manakala orang India di kawasan ladang-ladang dan estet-estet.

Usaha pertama kerajaan selepas merdeka untuk mewujudkan intergrasi yang baik antara kaum menemui kegagalan hingga mencetuskan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Ini berpunca daripada beberapa perkara remeh yang dipandang ringan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum. Berasaskan dari peristiwa ini maka kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif positif untuk kembali merapatkan ruang yang timbul antara kaum. Maka wujud Dasar Ekonomi Baru yang dilihat sebagai pembela orang Melayu dan pada masa yang sama menjaga hak-hak masyarakat lain. Hasilnya, masyarakat Malaysia kembali hidup dalam suasana aman damai dan penuh perpaduan.

Kini, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib menuntut agar masyarakat Malaysia untuk pergi lebih jauh dari apa yang ada sekarang. Persoalan yang timbul sekarang, bersediakah masyarakat Malaysia untuk merealisasikan asimilasi antara etnik ini? Langkah awal kerajaan yang memansuhkan MECD dilihat sebagai permulaan untuk mengurangkan keberkesanan Dasar Ekonomi Baru. Ini untuk mengurangkan secara perlahan-lahan sifat kebergantungan orang Melayu kepada kerajaan.

Mungkin bila tiba masanya nanti, kerajaan akan cuba memperkenalkan konsep yang benar-benar sama rata dan sama tara. Mungkin perkara ini dilihat berbaur perkuman dan bersifat pro etnik. Namun perlu diakui oleh semua pihak terutama orang Malayu samada orang Melayu sudah benar-benar bersedia untuk menerima konsep sama tara ini. Sedangkan dalam suasana DEB pun orang Melayu masih gagal mencapai objektif malah tidak boleh dinafikan bahawa orang Cina terus kekal sebagai penentu jatuh bangun dan pendominasi ekonomi negara.

Itu dalam sektor ekonomi. Untuk benar-benar menjayakan asimilasi antara etnik, dalam politik dan pentadbiran juga tidak boleh terlepas. Asimilasi ini bermaksud sama tara dan tidak dibeza-bezakan mengikut kaum. Sudah bersediakah orang Melayu untuk mengasimilasikan pentadbiran yang mana Perdana Menteri tidak semestinya orang Melayu dan parti antara kaum disatukan dan presidennya di pilih secara total?

Kerajaan perlu meneliti dan menilai perkara ini sedalam-dalamnya. Mengasimilasikan antara etnik bukanlah perkara mudah dan boleh dipandang ringan. Banyak faktor, kebaikan mahupun keburukan perlu diambil kira. Jangan jadi seperti pembangkang yang mengembar-gemburkan isu penyatuan etnik dan pada masa yang sama masih takut dengan DAP.

2 Ulasan

  1. Cara yang bagus ntuk pastikan hubungan sesama kaum adalah perkahwinan campur. Bila dah jadik keluarga, secara pelan2 2 kaum akan jadik lebih rapat......

    Satu lagi sebab, anak yg keluar nanti lebih comey...

    BalasPadam
  2. Kepada pencacai2 UMNO,
    Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

    4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

    JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

    Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

    So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama