Advertisement - Contact Us

Awas! Makin ramai usahawan bumiputera bakal gulung tikar...

Kabinet baru sudah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Dan pastinya hari ini merupakan hari permulaan bagi semua barisan kebinet yang baru dilantik untuk memulakan tugas setelah selesai majlis angkat sumpah pada Jumaat lepas. Sekurang-kurangnya tugas pertama adalah mengemas bilik atau pejabat baru. Rasanya masih tak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua barisan kabinet baru.

Namun bila diteliti semula barisan kabinet yang dibentuk, kementerian yang diwujudkan, digabungkan atau dimansuhkan, seperti ada satu perkara yang tertinggal dan serba tak kena. Ya.. Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Sebelum ini kemeterian ini diterajui oleh Dato' Noh Omar yang kini telah bertukar portfolio. Kenapa Kementerian ini dimansuhkan??? Bukankah kementerian ini merupakan salah satu kementerian paling kanan???

Jika diimbas kembali, Kementerian ini sebelum ini berfungsi untuk mengawal selia pembangunan usahawan terutama melibatkan pembabitan usahawan-usahawan bumiputera dalam memacu ekonomi negara. Antara badan terkenal yang berada di bawah pengawasan kementerian ini adalah MECD, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Bank Pembangunan dan beberapa agensi penting lain. Dengan pemansuhan kementerian ini, dimana agensi-agensi ini akn bernaung selepas ini??? Mungkin Najib ada jawapannya.

Kembali ke persoalan asal, kenapa kementerian ini dimansuhkan? Adakah kementerian ini sudah tidak relevan. Umum sudah mengetahu bahawa antara fungsi kementerian ini adalah untuk menggalakkan pembabitan usahawan bumiputera bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahukan pembabitan bumiputera sebanyak 30% dalam sektor ekonomi. Adakah pemansuhan ini merupakan juga salah satu ciri-ciri corak pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh Najib iaitu 'One Malaysia'? Secara kasarnya ditambah dengan pemansuhan kementerian ini bolehlah ditakrifkan konsep 'One Malaysia'ni hampir sama dengan 'Malaysian Malaysia' yang cuba diwujudkan oleh DAP. Jika benar telahan saya ini maka seluruh rakyat bumiputera Malaysia bakal berdepan dengan penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang selama ini menjadi tunjang perkembangan ekonomi Bumiputera Malaysia. Adakah ini langkah-langkah awal ke arah penghapusan DEB dan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang sama tara dan sama rasa sepenuhnya???

Kenapa Kementerian ini dimansuhkan??? Adakah kerana DEB gagal mencapai matlamatnya?? Sebenarnya kegagalan DEB bukanlah disebabkan oleh kegagalan kementerian ini semata-mata, tetapi terdapat faktor lain yang menyumbang ke arah kegagalannya. Pertama, Mungkin disebabkan tahap atau level yang diletakkan terlalu tinggi tak bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. Meletakkan sasaran sebanyak 30% sekaligus memang menjadi beban untuk merealisasikannya ditambah dengan kaedah perlaksanaan yang agak lemah. Jadi, adalah lebih baik jika takat pengukur itu dimulakan dengan peratusan yang lebih rendah, mungkin 10% sebagai permulaan dan dinaikkan secara berperingkat setelah sasaran mula tercapai.

Kedua, Kaedah perlaksaan yang diamalkan untuk mencapai matlamat DEB ini dilihat kurang berkesan. Kerajaan seharusnya memberi bantuan pancing dan kail kepada bumiputera untuk mereka berusaha menggunakan pancing dn kail itu untuk menangkap ikan. Bukannya terus memberi ikan tanpa perlu mereka berusaha. Di samping itu, penerangan dan kesedaran tentang cara menggunakan pancing dan kail itu perlu juga disampaikan bagi mengelakkan masalah lain seperti menjual pancing dan kail kepada pihak ketiga dan hanya menerima keuntungan atas angin. Ini juga merupakan slah satu masalah sikap yang wujud dalam masyarakat bumiputera kita. Dengan erti kata lain, selain bantuan modal yang diberikan, kerajaan perlu juga memberikan galakan, kursus, motivasi dan peluang serta pemantauan berterusan bagi memastikan matlamat DEB itu tercapai.

Ketiga, sistem payung dan program usahawan angkat perlu diperluaskan dan diperkemaskan. Syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan yang sudah berjaya perlu sama-sama memandang ke bawah bagi membantu usahawan baru dan sedang meningkat naik.. Ini akan merancakkan lagi ekonomi negara di samping mengelakkan berlakunya perkara yang kaya akan terus kaya dan yang miskin menjadi lebih miskin.

Mungkin Perdana Menteri mempunyai alasan dan kaedah tersendiri mengapa kementerian yang berperanan membantu usahawan bumiputera ini dimansuhkan. Tidak adil untuk kita terus menghentam tindakan PM ini tanpa memberi peluang dan ruang untuk beliau memperjelaskan keadaan sebenar. Mungkin ada alternatif baru yang lebih baik dan berkesan akan wujud selepas ini. Apapun, DEB tidak harus dihapuskan pada masa kini. Tetapi ia perlu dikemaskini dan diperbaiki kaedah perlaksanaannya agar lebih berkesan dan mampu mencapai matlamat. Tanpa DEB, bumiputera akan kembali ketinggalan dan tidak mustahil akan hanya jadi pencacai di bumi sendiri.

6 Ulasan

  1. Salam bro,
    Jangan cepat melatah.

    BalasPadam
  2. sebenarnya kementerian inilah yg byk membantu org melayu untuk masuk usahawan dan juga tolong dari segi bantuan kewangan dan sbgnya . memang terdapat kerisauan dikalangan org melayu ke mana arah MECD ini kerana perancangan telah dibuat oleh Noh Omar tetapi adakah ia akan diteruskan @ stop ..

    penjelasan oleh Najib diperlukan ..jgn hanya harap Muhyidin ..Najib perlu cergas dan cepat jawab semua kemusykilan ini

    BalasPadam
  3. Sehingga ke hari ini, PM dan KSN masih lagi belum memberi penjelasan tentang hala tuju pembangunan usahawan selepas pemansuhan MeCD. Komitmen kepada DEB serta usahawan Melayu semakin kabur.

    BalasPadam
  4. biar lambat asal selamat...buat masa ini kita perlu berpuas hati dengan kesedaran kerajaan terahadap kebimbangan orang melayu mengenai perkara ini...memorandum pun dah dihantar...kita tunggu kerajaan buat penjelasan dulu.

    BalasPadam
  5. walopon MeCD ni xde. tapi fungsinye diserap ke kementerian2 laen. jadi... x payah la nak cepat melatah. semua agensi masih berfungsi, jgn risau n tunggu je la. jgn la kite judge sebelum lihat hasilnya...

    BalasPadam
  6. inilah transformasi UMNO,,, syabas ,,ikut saja rentak bangsa asing, dah PR ikut kita pun nak ikut lihat ini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama