Advertisement - Contact Us

Anwar Ibrahim : Pejuang atau petualang negara???

Syabas diucapkan kepada Anwar Ibrahim di atas kemampuan dan kejayaan beliau membawa dan menyumbang banyak masalah kepada semua pihak. Masalah kepada Barisan Nasional dan UMNO tak perlu diungkit lagi memandangkan peranan dan dendam beliau yang tak mungkin padam terhadap UMNO membuatkan Anwar tidak akan duduk diam dan terus mencari kelemahan dan mengorek kesilapan semata-mata untuk memburukkan dan menjatuhkan parti yang selama ini telah melonjakkan namanya ke persada politik negara.

Soalnya sekarang adalah masalah yang tidak putus-putus timbul di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri yang diakibatkan oleh tindak tanduk dan ketidak matangan politik Anwar Ibrahim. Mungkin ada asasnya dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang meminta agar Anwar Ibrahim bertaubat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Kenyataan ini timbul berikutan kemelut politik yang melanda Perak di mana menyaksikan beberapa ADUN Pakatan Rakyat telah melompat parti dan beralih sokongan kepada Barisan nasional hingga mengakibatkan kerajaan Pakatan rakyat tumbang. Menurut Karpal, budaya melompat parti ini diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim bila mana angan-angan Mat Jenin Anwar yang mengimpikan peralihan kuasa kerajaan berlaku pada tanggal 16 September setelah kononnya beberapa Ahli parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke Pakatan Rakyat tidak menjadi kenyataan. Walhal, perkara sebaliknya berlaku di Perak setelah Barisan Nasional kembali berjaya merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Itu cerita lama. Terbaru melibatkan kemelut yang melanda politik Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat samada terlalu menghormati Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat atau mungkin mencapai tahap takut kepada Anwar dalam menentukan sesuatu keputusan penting melibatkan pentadbiran negeri Pulau Pinang. Ini berikutan isu perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Anwar Ibrahim dilihat telah membelakngkan hak dan kepentingan Lim Guan Eng selaku orang no 1 Pulau Pinang dalam menangani isu Fairus ini. Surat perletakan jawatan Fairus juga diserahkan kepada Anwar, bukannya Lim Guan Eng. Manakala perletakan jawatan sebagai ADUN Penanti juga telahpun dimaklumkan lebih awal kepada Anwar tanpa pengetahuan Lim. Lim mengetahui mengenai perletakan jawatan ADUN ini hanya melalui media. Ini menunjukkan bahawa Anwar seperti berlagak sebagai Ketua Pakatan Rakyat merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah sikap Lim Guan Eng yang menyerahkan sepenuhnya kuasa lantikan TKM1 Pulau Pinang kepada Penasihat PKR ini amat mengecewakan dan ia melambangkan bahawa Lim juga tidak ubah seperti boneka Anwar. Walaupun isu ini dianggap selesai oleh kedua-dua pemimpin ini setelah Anwar secara terbuka memohon maaf kepada Lim namun hakikatnya ia tidak sepatutnya berlaku jika Lim diberi sepenuh kepercayaan mentadbir negeri sejak dari mula lagi.

Anwar secara sedar atau tidak sebenarnya telah membawa dan mengakibatkan masalah kepada PAS. Tidak dinafikan bahawa kepimpinan PAS juga sedar akan masalah yang ditimbulkan oleh Anwar, namun disebabkan perasaan ego dan kononnya kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat maka kepimpinan PAS sedia menutup mulut dan membutakan mata dengan segala perilaku Anwar. Kini di dalam PAS sendri telah wujud 2 kelompok atau golongan yang mana salah satunya merupakan ahli PAS yang pro-Anwar manakala satu lagi merupakan ahli PAS yang setia dengan kepimpinan sedia ada. Mungkin juga disebabkan PAS yang terlalu kepingin untuk berkuasa dan terus menduduki kerusi EXCO maka mereka tidak ada pilihan lain selain terus bersekongkol dengan DAP dan PKR walaupun jelas kedua-dua parti ini mempunyai berlainan prinsip dan hala tuju perjuangan. Dalam kebanyakan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, selain Kelantan dan Kedah, PAS hanya berjaya mendapat kerusi yang kecil dan ini membuatkan mereka terpaksa terus berpaut di dahan Pakatan Rakyat jika tidak mahu kedudukan EXCO terlepas dari tangan.

Sikap ego, prejudis dan kemaruk kuasa yang dimiliki oleh Anwar membuatkan banyak pihak terpaksa makan hati berulam jantung. Desakannya terhadap Fairus supaya meletak jawatan sebagai ADUN Penanti jelas menunjukkan bahawa Anwar sebebnarnya seorang yang gemar mementingkan diri sendri berbanding mengutamakan rakyat dan negara. Tidakkah perletakan jawatan Fairus dan pada masa yang sama terpaksa diadakan PRK DUN Penanti semula merupakan satu perkara yang jelas membuang masa dan membazirkan wang??? Rakyat tidak kisah jika terpaksa diadakan semula Pilihanraya Kecil jika wakil rakyat terbabit meninggal dunia atau hilang keupayaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Tetapi tidak wajar untuk diadakan PRK jika jelas wakil rakyat sedia ada masih sihat dan mampu melaksanakan tugas.

Rakyat sepatutnya sudah mulai sedar dan mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kita perlu berpandangan lebih jauh demi untuk melihat negara kita diwarisi oleh anak bangsa dalam kedaaan yang harmoni dan penuh perpaduan. Tidak seharusnya bagi kita untuk terus memberi ruang dan peluang kepada mereka-mereka yang jelas inginkan sesuatu dari kedudukan yang dinikmati. Mereka ini bukanlah pejuang negara, tetapi petualang bangsa, agama dan negara.

2 Ulasan

  1. La exos ni bukan petualang, sebab dalam bahasa indonesia ia bermaksud pengembara.

    La exos pada pandangan saja ialah binatang jalang ( sajak aku-chairil anwar)

    BalasPadam
  2. ‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..

    ‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..sayalah BADUT pejuang rakyat.!!!!’

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama