Sabtu, 11 April 2009

Amy Search akan dilantik Mursyidul Am PAS???

Bukan setakat pengundi dari golongan belia dan pemuda sahaja yang berjaya dipengaruhi untuk menyertai Pakatan Rakyat malah trend terbaru kini adalah penyertaan masyarakat dari kalangan selebriti memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sebelum ini, timbul desas-desus kononnya penyanyi no. 1 negara, Dato' Siti Nurhaliza menyertai PAS apabila beliau dilihat bertemu dan mengikuti majlis anjuran parti tersebut. Kini cerita Amy Search yang pernah popular dengan lagu Isabella pula hangat diperkatakan kononya beliau turut meyertai PAS walaupun dinafikannya.

Tak kisahlah parti apa yang mereka hendak sertai kerana sememangnya negara Malaysia merupakan negara yang demokrasi yang memberi peluang kepada rakyatnya untuk memilih hala tuju yang diingini. Asalkan setiap keputusan yang dibuat perlulah berlandaskan pemikiran yang rasional bukan disebabkan pengaruh emosi atau kecewa akan sesuatu.

"KOTA BAHARU: Ikon rock negara, Amy Search, menafikan telah menyertai parti Pas berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai Pas timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

"Tidak...saya belum menyertai Pas dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.

"Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.

Beliau berkata, atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia adalah satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.

"Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata, untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

"Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.
- B. Harian Online

Phheeeeeewwwwiiiiiittttttttttttttttt.........
Show Comments: OR

6 ulasan:

  1. itu bukan mursyidul tapi mur-shit-dul

    BalasPadam
  2. hang samapai menangieh dengaq rockers menyanyi...hang memenag orang orang politik..BUKAN tok guru..kaki putaq dan pelingkop agama sendiri demi KUASA...nik ajis...nik ajis...malaieh dah aku nak dengap cakapan tak berapa bijak yang hang selalu buat...naik meluat kata orang utara

    BalasPadam
  3. http://nikabduh.wordpress.com/2007/11/01/raya-di-rumah-amy-search/

    Tok guru pun terharu dgr amy search nyanyi lagu rentak ketuhanan. Katanya, bkn tok guru shj yg blh sampaikan mesej keislaman tp penyanyi rock pun blh. Lps ni amy blh buat konsert kat kelantan la

    BalasPadam
  4. Lepas ni jika dengar nik aziz ceramah sila pastikan bunyi phewiiiiittt dikumandangkan agar Amy akan teruja dan terus isi borang PAS tanpa fikir panjang lagi...

    hahahaha....

    BalasPadam
  5. Salam SMB,
    "FEWWIIIIITTTTTT!!!!!..mari kita kita bicara tentang "ulama rockPAS"..pitching dia dah lari dahhhh.... pasal selalu bawa "karpal" ikut macam kereta...last minute suka buat "pusingan U", itu lah silap besar nik aziz tu..kalau bawa "karpal" tu, buatlah cara macam bawa "karpal"..jangan bawa macam pandu kereta CAMRY... "Karpal" tu kadang-kadang kalau habis minyak, kelazimannya akan hanyut dibawa arus..ada "nakhoda" pun kalau dah tak de minyak...dia swing pergi arah manapun memang tak dapat punya...lama-lama dia akan ikut juga cakap anak-anak kelasi dia...lebih-lebih lagi kalau karpal tu..dah jauh hanyut ke tengah laut..nak buat macam mana lagi....

    Pasal nik aziz menangis ketika dengar amy search menyanyi lagu apa agaknya..,saya fikir mungkin dia teringat kembali yang anak amy suatu ketika dulu pernah kena tangkap kering ke basah, dia tengah terpikir andai ada wartawan tanya pendirian pasal isu itu..apa dia nak jawab...tentulah dia mengalir airmata sebagai tanda restu kepada kelakuan yang begitu...

    BalasPadam
  6. nik aziz tak tegur amy ke pakai rantai? atau pun memang lelaki dah boleh pakai rantai. nampak gaya tak lama lagi ramai pengikut pas pakai rantai lah.

    puak pas tak sibuk pula cerita tentang anak amy. selalunya kalau pemimpin umno, mesti anak-pinak depa nak hentam sekali. anak amy lagi teruk sakan.

    ini cuma business beb. amy dah dapat pun buat konsert pas di kl. periuk nasi nak kena jaga. nak perlaku restoran cheng ho sama.

    tak lama lagi juga, ramai pengikut pas jadi rockers. tok guru dah halalkan. asalkan pangkag pas, semua halal.

    persoalannya, mengapa ustaz akhil hayy dah tak jadi idola puak pas? dia lagi bagus.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE