Jumaat, 20 Mac 2009

Tun mesti hadir ke Persidangan UMNO Malaysia. - MalaysiaKini

"KELANA JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sudah menerima jemputan secara rasmi daripada Umno untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno, Selasa ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, bekas Presiden Umno itu bagaimanapun belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri perhimpunan itu atau tidak.

"Umno sudah jemput saya tapi bukan sebagai ahli, sebaliknya sebagai pemerhati.

"Saya belum buat keputusan lagi," katanya selepas majlis pelancaran Wisma Sahoca di sini."
- B. Harian Online

Siapa yang tidak kenal dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seorang mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Presiden UMNO yang paling lama dalam sejarah negara. Jasa bakti serta sumbangannya dalam pembangunan negara sejajar dengan misi beliau ke arah menuju wawasan 2020 memang tidak ada tolok bandingnya.

Jadi, tidak boleh tidak, Tun wajib dijemput ke Persidangan UMNO Malaysia kalau bukan sebagai ahli sekalipun sebagai pemerhati atau jemputan khas VIP harus tersenarai nama Tun Dr. Mahathir dan isterinya. Walau pun sejak akhir-akhir ini, Tun dilihat lebih banyak menghentam dan mengkritik kerajaan terutama ketika di bawah kendalian Pak Lah namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan segala pengorbanan Tun dalam UMNO selama ini.

Semua pihak perlu memandang kritikan Tun sebagai sesuatu yang membina. Tun memberi buah fikirannya berdasarkan apa yang difikirkannya perlu dan patut dan ianya tak semesti memenuhi pendirian orang lain. Sekurang-kurangnya Tun masih mengambil berat akan perkembangan politik semasa terutama dalam kerajaan dan UMNO. Walhal Tun boleh untuk berdiam diri dan tidak ambil peduli akan hal politik semasa. Namun mungkin disebabkan sayangnya Tun kepada UMNO dan negara maka Tun terus melemparkan idea dan pendapatnya serta membuat teguran walaupun agak pedas demi untuk melihat parti yang disayanginya terus relevan dan diterima rakyat.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE