Isnin, 9 Mac 2009

Sultan tetap ada imuniti. - Utusan Online


"KOTA BHARU 8 Mac - Langkah untuk mengembalikan imuniti Raja-raja Melayu seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak tidak perlu dilakukan kerana imuniti itu tidak berganjak walaupun Perlembagaan dipinda dahulu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat, kekebalan seseorang raja yang bertindak atas sifatnya sebagai seorang raja yang mempunyai kuasa mutlak, tidak berubah.

''Kita kena ingat yang hanya dikurangkan kekebalan ialah mengenai urusan komersial, itu saja.

"Soalnya, kenapa ada pihak dalam negara ini termasuk orang Melayu dalam pembangkang ketepikan institusi raja dan tidak mahu lagi patuh kepada hak mutlak yang ada pada raja serta sanggup menderhaka," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin pula berpendapat, isu imuniti raja tidak wajar dibincangkan oleh pihak umum kerana ia tidak akan membawa sebarang penyelesaian.

Beliau berpendapat, adalah lebih baik perkara itu dibincangkan di tempat yang sepatutnya oleh pihak yang dapat menangani isu itu sehingga ia tidak lagi dipersoalkan.

"Saya tidak mahu ulas isu imuniti kerana bagi saya, lagi ramai yang bercakap, bukan boleh membawa kepada penyelesaian. Biar ia dibincangkan di tempat dan oleh pihak yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Bakti Siswa Perdana Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2009 dan buku Modul Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi di sini hari ini."
- Utusan Online

Soal mengembalikan imuniti kepada Sultan dan raja tidak timbul langsung kerana ia tidak perlu dilakukan. Walaupun berlakunya sedikit pindaan dalam perlembagaan berhubung imuniti dan kuasa Sultan dan Raja namun ia bukanlah melibatkan pindaan keseluruhan atau pindaan major. Ia hanyalah melibatkan pindaan minor terutama melibatkan soal komersil dan sedikit perundangan.

Namun, walau berlaku pindaan itu, martabat dan kedudukan Sultan Dan Raja langsung tidak tercemar malah ia dijaga dengan baik dan teratur. Pindaan yang dilakukan mungkin melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh Sultan dan Raja. Namun ia tidak diadili secara terbuka dan ianya perlu diwujudkan satu mahkamah Khas bagi membicarakan sebarang masalah melibatkan Sultan Dan Raja. Dan ia bukanlah sewenang-wenangnya boleh dilaksanakan dan perlukan penelitian yang rapi.

Senario yang berlaku sekarang sebenarnya adalah disebabkan segelintir pihak yang tidak faham tapi masih buat-buat faham tentang hak dan kuasa Sultan. Mungkin pada masa sekarang, kita dapat melihat bahawa Sultan Dan Raja kurang terlibat secara khusus dalam pentadbiran kerajaan baik persekutuan mahupun negeri. Sultan dan Raja telah memberi tanggungjawab dan amanah kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang layak memerintah untuk mentadbir negara atau negeri di bawah pemantauan dan pemerhatian Sultan dan Raja. Ini bukanlah bermaksud Sultan dan raja melepaskan sepenuhnya kuasa kepada PM dan kerajaan.

Dalam semua hal sekalipun, PM dan kerajaan perlu mendapatkan perkenan atau persetujuan dari Sultan dan Raja sebelum sesuatu perkara atau usul diterimapakai dan dilaksanakan. PM hanya boleh menasihati dan memberi pandangan kepada Sultan berkaitan sesuatu usul namun kuasa pemutus masih ada di tangan Sultan. Jika Sultan tidak bersetuju dengan usul yang dibawa maka, secara automatik usul itu tidak boleh diterima pakai. Di situ kita dapat lihat bahawa kuasa Sultan masih kuat.

Seperti juga apa yang telah berlaku di negeri Perak, Sultan telah berjaya memainkan peranan sebagai ketua kerajaan dan penjaga perlembagaan. Di atas kuasa Sultan maka kerajaan Pakatan Rakyat telah diperkenankan oleh Baginda untuk menubuhkankerajaan negeri walaupun mereka masih lagi belum bergabung secara rasmi. Dan disebabkan kuasa Sultan jugalah maka negeri Perak diketuai oleh MB Melayu dari PAS walaupun hakikatnya DAP yang berjaya memperolehi kerusi majoriti. Cuma bila sesuatu keputusan yang dibuat oleh Sultan yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat maka mereka mula membelakangkan Sultan dalam membuat sesuatu tindakan hingga sanggup sembah derhaka dan mengadakan Sidang DUN yang suci di bawah pokok.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE