Jumaat, 6 Mac 2009

SU politik menteri UMNO ditahan SPRM. (Hidup SPRM!!!) - MalaysiaKini


"Mar 6, 09 12:08pm

Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000.

Dia dibebaskan awal pagi semalam.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemlihan parti itu hujung bulan ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan setiausaha politik tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno.

Perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti itu, akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.

Sebelum ini, beberapa kes yang membabit dakwaan pemberian rasuah telah dibawa ke mahkamah.

Pada 22 Januari lalu, seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.

Pada tarikh yang sama juga, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Raub.

Manakala di Ipoh pula, seorang naib ketua Umno bahagian Beruas tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen pada 22 Januari lalu atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada seorang anggota parti itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober lepas."
- MalaysiaKini

Tahniah kepada SPRM di atas komited mereka dalam usaha suci membanteras politik wang dan rasuah terutama melibatkan ikan-ikan besar. Saya menyokong penuh usaha yang ditonjolkan oleh SPRM untuk mengekang politik wang terutama tatkala semakin hampirnya Perhimpunan Dan Pemilihan Agung UMNO yang dijangka bakal diadakan dalam bulan MAC ini.

Semua pihak perlu memberi kerjasama dan menyokong SPRM dalam menegakkan undang-undang melibatkan rasuah dan politik wang. Kepada mereka yang memasang niat untuk menggunakan wang untuk membeli undi dalam Pemilihan Agung UMNO, berfikirlah kembali kerana SPRM akan sampai untuk mengetuk pintu rumah anda pada bila-bila masa sahaja.

Kita perlu kembali kepada perjuangan UMNO yang asal dan bukannya berjuang demi untuk mendapatkan habuan tertentu. PRU12 telah membuktikan bahawa akibat kealpaan kita terutama kepimpinan UMNO maka BN hampir tersungkur dan rebah ke bumi. Jadikanlah ia satu pengajaran agar kesilapan ini tidak berulang dan mengakibatkan UMNO terus terkubur. Singkirkan pemimpin yang tidak jujur dan mengamalkan politik wang kerana selagi mereka ini terus menjadi peneraju parti maka selagi itulah UMNO terus dicop sebagai parti rasuah.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE