Jumaat, 13 Mac 2009

Siapakah Calon Paling Popular?


"KUALA LUMPUR 12 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Dr. Mahathir, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Shahaniza Shamsuddin menjadi pilihan utama pemilihan UMNO akhir bulan ini.

Kedudukan itu hasil kajiselidik pusat penyelidikan Merdeka Center dengan kerjasama beberapa ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Seramai 1,031 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia iaitu 57 peratus Melayu, 31 peratus Cina dan 12 peratus dari kaum India telah ditemu bual antara 4 dan 16 Februari lalu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, sebanyak 52 peratus daripada 1,031 responden menyokong Muhyiddin, manakala 11 peratus lagi memilih Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sementara Tan Sri Muhammad Muhd. Taib memperoleh sokongan tujuh peratus.

Daripada responden berbangsa Melayu seramai 592 orang, 61 peratus memilih Muhyiddin manakala Mohd. Ali (14 peratus) dan Muhammad (lapan peratus).

Bagi jawatan Naib Presiden, 17 peratus memilih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diikuti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (13 peratus) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (lapan peratus).

Bagi jawatan Ketua Pemuda, 52 peratus responden berbilang bangsa memilih Mukhriz manakala Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo masing-masing mendapat 11 peratus sokongan.

Untuk Ketua Wanita, Shahrizat mendapat 51 peratus sokongan berbanding Tan Sri Rafidah Aziz yang hanya memperoleh 26 peratus undian.

Dalam pada itu, daripada lima calon yang menawarkan diri bertanding Ketua Puteri UMNO, 26 peratus responden memilih Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul."
- Utusan Online

Statistik dan peratusan yang dinyatakan di atas sebenarnya adalah berdasarkan populariti yang diraih oleh setiap calon yang akan bertanding. Ia tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi menentukan kemampuan atau peluang yang dimiliki. Segala-galanya bergantung kepada undi yang diberi oleh perwakilan samada benar-benar berpeluang untuk menang dan menduduki kerusi yang dimenangi ataupun hanya popular di kalangan responden yang dipilih.

Apa pun boleh berlaku. Hingga keputusan undian pada hari Pemilihan Agung UMNO diumumkan maka dalam tempoh itu segala-galanya berkemungkinan. Setiap calon yang berjaya melepasi kuota pencalonan dalam pemilihan peringkat bahagian yang lepas memiliki peluang yang sama rata. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap calon yang bakal bertanding nanti adalah merebut peluang dan menggunakan segala ruang yang ada dalam tempoh yang singkat ini dengan sebaik mungkin bagi membuktikan kepada para perwakilan bahawa mereka memang layak untuk dipilih dan mampu untuk mengotakan janji serta berupaya membawa satu perubahan yang dinamik dalam parti. Seperkara lagi yang perlu difikirkan oleh setiap calon adalah mencari jalan bagaimana untuk memenangi semula hati rakyat dan memastikan bahawa UMNO ini kekal relevan dalam membawa agenda perjuangan rakyat.

HIDUP UMNO!!!
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE