Sabtu, 21 Mac 2009

Siapa nakhoda PAS sebenarnya ni? - MalaysiaKini

Nampaknya memang benar wujud dua puak di dalam PAS iaitu puak PAS fanatik dan puak PAS yang lebih terbuka. Puak PAS fanatik dibawah pimpinan Mursyidul Amnya Ustaz Nik Aziz dilihat menolak mentah-mentah cadangan yang dikemukakan oleh 'geng' Presiden PAS, Hadi Awang yang ingin membuka lembaran baru dalam senario politik negara dengan menubuhkan sebuah kerajaan campuran bersama UMNO.

Dalam hal ini jelas wujud ke tidak sefahaman yang timbul di antara kedua-dua orang penting PAS ini. Jika difikirkan secara logik, dimanakah letaknya kedudukan seorang Presiden dalam sesuatu organisasi? Tidakkah kedudukan sebagai Presiden merupakan yang tertinggi? Dan apakah nilainya seorang Mursyidul Am? Bukankah Mursyidul Am hanyalah sebagai Penasihat dalam sebuah organisasi dan kelazimannya tidak pernah ada pertandingan bagi merebut jawatan Penasihat ini.

Jadi, dalam konteks PAS, nahkoda sebenar bagi parti PAS sepatutnya bukanlah Nik Aziz tetapi Hadi Awang memandangkan kedudukan Hadi Awang selaku Presiden dan dilantik berasaskan pemilihan. Berbeza dengan Nik Aziz yang hanya dilantik atas nama kesepakatan dan bukannya berdasarkan undian. Mungkin benar dengan kenyataan Nik Aziz yang mahukan setiap keputusan yang diambil perlu mendapat persetujuan bersama di dalam Muktamar PAS. Tapi kenyataan yang dikeluarkan kononnya beliau merupakan nakhoda dalam PAS adalah tidak tepat kerana sebagai Mursyidul Am, beliau hanya layak memberi nasihat dan pandangan di atas sesuatu isu atau perkara, bukannya menetapkan keputusan.

Ini adalah berdasarkan pandangan dan pendapat saya selaku orang luar PAS. Sepertimana juga PAS yang sering masuk campur dan kacau daun dalam hal ehwal orang lain, jadi saya berpendapat bahawa tidak salah untuk saya menyuarakan pandangan saya. Mungkin ada perbezaan dalam corak kepimpinan PAS. Walau apapun, nasihat saya kepada UMNO agar mempertimbangkan sedalam-dalamnya cadangan untuk mewujudkan kerajaan campuran bersama PAS. Ini kerana PAS sekarang juga berada dalam situasi yang cukup goyang dan penuh dengan masalah. Jadi tidak sepatutnya untuk UMNO menerima PAS sebagai rakan kongsi pada ketika ini kerana ia dilihat tidak lebih hanyalah sebagai pembawa 'bera' atau masalah kepada UMNO.

"Mar 20, 09 8:44pm: Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama.

Bercakap selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar di Ipoh tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Abdul Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan BN.

"Saya mursyidul am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," Nik Abdul Aziz dipetik berkata.

Beliau ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.

Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

"Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya lagi."
- MalaysiaKini
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE