Ahad, 22 Mac 2009

Serpihan tugu sidang bawah pokok Negeri Pasir Dua Butir dilelong. - B. Harian Online

Pakatan Rakyat Perak dilihat tidak sudah-sudah membuat tindakan yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan sebarang manfaat baik kepada negeri Perak mahupun rakyat. Setelah dengan bangganya mengadakan Sidang DUN tergempar di bawah pokok, kemudiannya membina pula plak kononnya bagi memperingati sidang DUN yang tidak bertamadun itu. Setelah MBI mengambil tindakan merobohkan plak yang dibina tanpa kebenaran dan di atas tanah rizab jalan itu, kini mereka mengadakan majlis lelongan bagi mengumpul dana dengan melelong dan mendapatkan bidaan tertinggi bagi serpihan plak yang dirobohkan itu.

Ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat Perak benar-benar mencabar dan menguji undang-undang negara. Mereka tahu bahawa pembinaan plak itu adalah salah tetapi tetap bertegas dan menunjukkan sikap keras kepala untuk meneruskan cadangan bagi membina sebuah tugu peringatan yang jauh lebih besar dari yang asal.

Sikap Pakatan Rakyat ini tidak lebih hanyalah bertujuan untuk menagih simpati rakyat dan untuk mendapatkan publisiti murahan dari rakyat dan untuk menutup semua kelemahan yang wujud dan pernah wujud dalam pentadbiran mereka sebelum ini. Kenapa baru sekarang mereka beria-ia ingin mendapatkan sokongan dan perhatian rakyat walhal sebelum ini mereka sudah pun diberi peluang tetapi gagal menggunakan peluang itu dengan baik dan berkesan demi untuk manfaat rakyat Perak.

"IPOH: Sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan telah dikumpulkan hasil daripada lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina pakatan parti pembangkang Perak sempena memperingati persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan di bawah pokok.

Bidaan tertinggi serpihan "cenderahati" yang dilelong daripada harga RM500 itu adalah sebanyak RM17,100 yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan melalui ejennya yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Lelongan berkenaan berlangsung di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini, tempat plak yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ahad lepas.

Plak itu dibina oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena sidang Dewan yang diadakan di situ selepas 27 wakil rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Lelongan berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman pakatan pembangkang dan dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim untuk memaklumkan mengenai pembinaan semula tugu peringatan berkenaan.

"Saya akan menulis surat kepadanya untuk meminta MBI menjaga dan memelihara plak baru sebagai tarikan pelancongan di bandar raya ini dan bukannya memusnahkan tugu itu," katanya."
- B. Harian Online
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. 42 ribu?

    HAHAHAHHAHAHAHAAAAAAAAA WAHAHAHAHOHOHOO
    KAHKAHKAH.....

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE