Selasa, 17 Mac 2009

Sah Ali Rustam dilarang bertanding.

Teka-teki berhubung status kelayakan Dato' Seri Mohamad Ali Rustam, yang menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Pemilihan Agung UMNO Mac ini terjawab sudah. Lembaga Disiplin UMNO tadi telah membuat kenyataan media dan telah mengumumkan larangan kepada Ali Rustam untuk terus bertanding atau dipilih bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO ini.

Dengan ini sahlah bahawa Mohd Ali Rustam akan disiasat berhubung kaitannya dengan politik wang. Yang tinggal bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO hanya dua calon iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Senator Muhammad Mohd Taib.

"KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dilarang bertanding atau dipilih untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan.

Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin Umno pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi."
- B. Harian Online
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE