Jumaat, 20 Mac 2009

S. Manikumar calon PKR DUN Bukit Selambau. - B. Harian Online

PKR melalui Penasihat Partinya, Anwar Ibrahim dengan rasminya telah mengumumkan calonnya yang akan bertanding di Bukit Selambau. Calon tersebut, Manikumar merupakan seorang ahli politik yang masih muda dan mentah. Apakah relevannya Anwar memilih calon yang masih muda dan masih cetek pengalamannya dalam arena politik bagi menyayingi calon MIC yang memang sudah dikenali oleh penduduk tempatan dan disenangi ramai.

Mungkin disebabkan Anwar berasa kurang yakin untuk mendapat kerusi Bukit Selambau ini memandangkan calon MIC yang menjadi pesaingnya merupakan orang yang berpengaruh di Bukit Selambau dan menjadi harapan penduduk setempat. Untuk rekod, calon MIC sebelum ini yakni pada PRU12 merupakan calon ADUN Lunas tetapi tewas. Kali ini beliau kembali ke tempat asalnya dan diletakkan sebagai calon MIC dan BN. Menurut sumber juga, kemungkinan akan ada beberapa lagi calon yang akan bertanding di bawah tiket Bebas. Jika ini benar maka peluang masing-masing untuk menang amat terbuka memandangkan akan berlakunya pecah undi yang agak ketara jika wujud calon Bebas di Bukit Selambau.

Walau apapun senario yang bakal berlaku di Bukit Selambau, segala-galanya terletak di tangan para pengundi. Pengundi pastinya sudah dapat menilai kemampuan wakil rakyat sebelum ini jika dibandingkan dengan ADUN BN terdahulu yang telah menjaga penduduk Bukit Selambau. Pengundi juga akan dapat menilai siapa yang terbaik untuk menjadi wakil dan suara mereka memandangkan kedua-dua calon yakni dari BN dan PKR merupakan anak tempatan dan sudah pastinya dikenali oleh penduduk setempat.

"SUNGAI PETANI: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan S Manikumar, 35, sebagai calon parti itu untuk bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, 7 April ini.

Manikumar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda bidang Pelancongan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah seorang usahawan.

Pengumuman itu dibuat Anwar di Yayasan Aman d sini, pagi tadi"
- B. Harian Online
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE