Jumaat, 20 Mac 2009

Rayuan Mohd Ali ditolak. - B. Harian Online

"KUALA LUMPUR: Panel Rayuan Umno memutuskan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tidak boleh bertanding atau dipilih pada pemilihan parti munggu depan.

Penolakan rayuan Ketua Menteri Melaka itu diumumkan Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin, sebentar tadi.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno membuat keputusan melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden Umno selepas lembaga itu mendapati beliau bersalah membabitkan rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau."
- B. Harian Online

Maka dengan keputusan ini pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO kekal menjadi rebutan 2 calon yakni Muhyiddin dan Mohd Mohamad Taib. Panel rayuan UMNO dengan sebulat suara telah menolak rayuan yang dibuat oleh Mohd Ali Rustam dan hukuman penggantungan serta larangan bertanding ke atas beliau adalah kekal.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE