Advertisement - Contact Us

PPSMI : Angkara PR, Masa Depan Anak Bangsa Diperjudikan...(Siri II)

Saya tertarik dengan respon yang diberikan oleh seorang sahabat saya berhubung artikel dan pendapat yang saya lontarkan sebelum ini berkenaan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu isu PPSMI. Dalam penulisan saya sebelum ini, saya telah menyokong perlaksanaan PPSMI ini atas beberapa faktor yang saya fikirkan patut. Dan salah satu respon yang saya terima, sahabat saya mempertikaikan sokongan yang saya berikan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas pandangan yang telah beliau berikan dan sudah pastinya saya amat menghormati pandangan sahabat saya itu.

Artikel sebelum ini...

Memang saya akui bahawa saya merupakan salah seorang penyokong dan ahli UMNO yang boleh dikatakan setia. Namun tak beerti kesetiaan saya bermakna saya menyokong keseluruhan tindak tanduk dan perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional secara membabi buta. Namun berhubung isu PPSMI ini, sokongan saya bukanlah berdasarkan politik, namun sememangnya sokongan yang saya berikan adalah datang dari hati dan cita-cita saya sendiri yang ingin melihat satu perubahan dalam pendidikan kerana sudah pastinya ia melibatkan masa depan anak-anak bangsa yang bakal menjadi pewaris pada negara.

Sahabat saya mempertikaikan perlaksanaan PPSMI ini sebagai satu beban yang terpaksa ditempuh oleh pelajar dan anak-anak dalam usaha menuntut ilmu. Saya pernah melalui satu pengalaman berdasarkan apa yang saya perhatikan ketika saya sedang menunggu kepulangan anak saudara saya pulang dari sekolah. Seorang pelajar Melayu yang saya rasakan dalam lingkungan darjah 4 atau 5 telah disapa oleh seorang Mat Salleh yang mungkin bertanyakan sesuatu. Saya berasa kagum dengan pelajar tersebut kerana dia mampu membalas sapaan itu malah masih sempat berbual dengan fasih dalam BI. Sedangkan pada hemat saya pelajar itu mungkin hanyalah budak kampung biasa yang belajar di sekolah luar bandar.

Saya mula berfikir betapa bertuahnya budak itu kerana mampu dan berani untuk berbual dengan bangsa asing dalam bahasa asing dan bukannya Bahasa Melayu. Dalam masa yang sama saya berasa sedikit terkelan kerana terkenangkan zaman saya di bangku sekolah dahulu. Kerana kurangnya pendedahan yang diberikan di sekolah berhubung perkara yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris maka secara tak langsung saya menjadi lemah dalam BI hinggakan keputusan peperiksaan dalam subjek BI amat mengecewakan. Dan kesannya mula saya rasai bilamana saya mula melangkah kaki ke Universiti memandangkan penggunaan BI di IPTA amat perlu baik di dalam kelas mahupun untuk membuat ulangkaji. Apatah lagi kos Engineering yang saya ambil amat sukar memperolehi baha rujukan yang lengkap dalam Bahasa Melayu. Pelajar yang dapat menguasai BI sejak dari awal akan memperoleh kelebihan berbanding golongan pelajar seperti saya.

Jadi bermula dari pengalaman saya inilah maka saya mula menanam azam untuk tidak mengabaikan BI terutama kepada anak-anak saya. Bagi saya seorang pelajar yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa adalah pelajar yang cemerlang dan bakal cerah masa depannya. Sejak kerajaan memperkenalkan PPSMI ini, saya berpendapat bahawa inilah ruang dan peluang terbaik kepada pelajar untuk mula menguasai BI dengan baik sebagai bekalan masa depan.

Sebenarnya bukan susah untuk para pelajar apatah lagi jika didedahkan dari peringkat rendah untuk menguasai dan memahami BI. Yang penting semua pihak perlu memainkan peranan dengan baik. Tak kisahlah jika ibu bapa tidak pandai BI, apa yang penting adalah galakan, sokongan dan semangat perlu sentiasa disemai kepada anak-anak dalam usaha menuntut ilmu. Anak-anak akan berasa terbeban dan tidak bersemangat jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan kesungguhan apatah lagi jika terus-terusan membantah perlaksanaannya.

Anak-anak sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk belajar perkara yang baru kerana pada peringkat umur mereka, mereka mudah untuk belajar dan faham sesuatu perkara. Apatah lagi jika kena pada gaya dan cara pembelajaran yang disampaikan oleh para pendidik. Guru perlu memainkan peranan dengan baik untuk menarik minat para pelajar untuk belajar memahami dan menggunakan BI di kelas. Kerajaan sendiri sudah dan sedang melakukan pelbagai usaha untuk menyediakan tenaga guru yang benar-benar bersedia untuk melaksanakan PPSMI ini. Ini ditambah dengan pelbagi inisiatif yang diberikan kerajaan kepada guru termasuk peningkatan gred gaji, pertambahan dan mempelbagaikan elaun kepada para guru dan menganjurkan lebih banyak kursus yang berkaitan demi untuk memberi persiapan yang rapi kepada para guru bagi menhadapai PPSMI ini. Tambahan pula, para guru yang terlibat dengan PPSMI ini menerima tambahan elaun. Jadi tidak sepatutnya timbul soal terbeban atau soal beban tugas berlebihan atau soal usaha yang tidak berbaloi dengan pendapatan yang diperolehi.

Soal pelajar terbeban tidak timbul dalam usaha menguasai Matemati dan Sains dalam BI jika kaedah perlaksanaan kena pada cara dan tempatnya. Soal merendahkan martabat dan kedudukan Bahasa Melayu juga tidak timbul seperti yang telah saya huraikan dalam artikel sebelum ini. Kita perlu melihat manfaat dan faedah yang bakal anak kita perolehi pada masa akan datang hasil dari kejayaan PPSMI ini. Biarlah kita dan anak-anak kita berkorban sekarang demi masa depan yang cerah dalam era yang penuh dengan persaingan. Jangan lah kita mudah terpengaruh dengan mainan politik pihak berkepentingan keran ia jelas satu tindakan yang sia-sia dan boleh memundurkan masa depan anak-anak kita dan negara.

5 Ulasan

  1. Tuan,

    Persoalnnya ialah apa kaitan nak meguasai bahasa inggeris dengan sains dan matematik.. apa sebenarnya punca kerajaan mahu melaksanankan PPMSI 7 tahun yang lalu.. ?

    sapa lagi nak mendaulatkan bahasa melayu kalau bukan orang melayu ?

    BalasPadam
  2. Tintamerah.........kalau nak Universiti yang ada buku rujukan bahasa melayu, jurnal bahasa melayu, silakan ke UKM. Universiti lain mmeg xde, sume buku rujukan dan pengajaran dalam bhs inggeris. memang susah kalau tak belajar sains dan maths dalam bahasa inggeris. Kalau silap translate cam pensyarah saya, jadik macam indon pulak nota kuliah.

    Apa2 pun, pelik kan? Raja didurhakai (isu Perak) dan Muqabalah ditolak (lebih suka berdamping dengan kafir Harbi). Tapi, pasal PPSMI, bersemangat konon2 nak pertahan Melayu (lebih daripada nasionalisma UMNO sendiri). macam jilat ludah sendiri je?

    Saya rasa orang yang membantah PPSMI ni tak pernah masuk U. Bahasa Inggeris tu bahasa sains, untuk belajar sains, kena belajar bahasa dia dulu. Macam ulamak kita dulu kan, belajar ugama di tanah Arab, mestila belajar bahasa Arab dulu kan? Macam zaman Reformation di Eropah, mereka ceduk kitab2 ilmu Al battani, Khawarizmi, AlHazn, sume diorg belajar bahasa Arab dulu.

    tak rugi belajar ilmu! Tidak sekali2 akan rugi! Kalau kita belajar, ia akan dapat menolong! Janji kena rajin. Ini apa? Orang beri peluang belajar, tak mau! Rugi laaaa!


    Sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam perahu,
    suruh makan kau makan,
    suruh belajar kau tak mahu.....

    BalasPadam
  3. Pernah anda ke luar negeri seperti ke Jerman, Perancis, Itali, Sweden?
    Jika anda pergi, apa yang dicadangkan oleh pemandu pelancong anda? Beli buku terjemah bahasa Melayu ke bahasa mereka.

    Kalau anda pergi melancong ke Cina, cuba anda tanya orang Cina sesuatu menggunakan B. Melayu! Dia akan jawab menggunakan B. Melayu kah? Dia orang peduli apa dengan bahasa asing. Di PBB, dia berucap guna bahasa mereka sendiri.

    Pelancong Inggeris datang ke sini, bertanya sesuatu dalam B. Inggeris dan kita boleh jawab menggunakan B. Inggeris. Bangga sungguh ya?

    Orang Melayu pergi ke England dan bertanya sesuatu dengan menggunakan B. Melayu, orang Inggeris akan jawab dalam B. Melayu ka?

    Ini yang dikatakan orang Melayu menggadaikan maruah kemelayuannya!

    Pengerusi Samsung datang ke Malaysia, bila bercakap dia guna bahasa Korea walau pun dia tahu B. Inggeris

    Kita je. Pemimpin Melayu. Berkokok siang malam memperjuangkan Ketuanan Melayu, nak guna B. Inggeris jugak.

    BalasPadam
  4. Anak saya sekarang belajar guna PPSMI dan saya juga dulunya AJK PIBG , sekolahnya hanya 55% lulus dalam UPSR.90% murid murid melayu,jd tuan empunya diri boleh bertanya jika sudah mempunyai anak bersekolah tidakkah tuan bimbang dengan senario begitu. Tuan tolong beritahu pimpinan atasan UMNO, Anak mereka berjaya dalam kerana mempunyai sumber kewangan dan peluang mencukupi.

    Tuan,

    Anak melayu nak dapat makanan yg sihat dan cukup pun susah lagi dibebani dengan isu pembelajaran menggunakan bahasa alien bagi mereka.

    Tuan,

    Faktor pendedahan dari kecil memang tepat sekiranya org melayu berada digolongan yg mewah kerana rata anak2 yg boleh bercakap BI waktu mereka kecil dtgnya dari keluarga senang.Tetapi disini org melayu masih belum kukuh dr segi sumber kewangan bg menyara keluarga. Janganlah keterlaluan ,kerana 10org melayu berjaya kita terpaksa korban ribu anak melayu.

    Saya bercakap bukan akademik atau politik saya bercakap sebagai bahasa seorang AYAH yang BIMBANGkan MASA DEPAN anaknya.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..ok,sy sorg pljr jurusan pendidikan di slh sebuah ipt.sy nk tye, penulis ni graduate dr universiti mane?ok,tolong lah bepikiran kritis & kreatif..ok. what have u said is right.bgus ble pljr bleh kuasai english.tp aku nk tye la, bro ade anak ke?lg satu, try fkir org2 pendalaman such as kt sabah srwk?ape guna bhsa inggeris kt dorg?dorg blaja math tu pn skadar dpt tau tmbh tolak je?bleh g bli brg kt kedai. the question is, sblm kerajaan nk capai matlamat sume student dpt kuasai english,bpe generasi yg akan terkorban??yg tu di persoalkn sekarang ni?lg pn, bro xde bc ke report tentang ranking math n science?MALAYSIA plg corot skali tau x?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama