Jumaat, 13 Mac 2009

Plak peringatan sidang DUN Perak bawah pokok pecah. - MalaysiaKini

"Mar 13, 09 11:56am :Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.

Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 24 Februari lalu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah.

Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan mengenai sidang DUN yang bersejarah tersebut - tidak rosak.

Edisi online China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Speaker V Sivakumar yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral."
- MalaysiaKini

Sedih dan kesian pun ada. Nak tergelak dan rasa padan muka pun ada. Sedih dan kesian tu mungkin disebabkan perasaan simpati terhadap Nizar dan konco-konco Pakatan Rakyatnya yang telah bersusah payah menempah dan membinanya dengan penuh perasaan bangga dan syok sendiri kononnya plak itu melambangkan kebangkitan demokrasi di bawah pokok hasil ciptaan Pakatan Rakyat. Setelah bersusah payah merendahkan maruah diri dan tempiasnya dirasai seluruh negara dan dengan syahdu mengharapkan simpati rakyat, tiba-tiba hari ini ia telah dipecahkan mungkin dengan sengaja oleh pihak yang rasa bertanggungjawab untuk melakukannya.

Walau apapun yang dirasai, sememangnya tugu dan plak itu tidak sepatutnya dibina kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan dan manfaat kepada rakyat dan negara. Mengadakan Sidang DUN tergempar di bawah pokok bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan malah ia menunjukkan betapa Pakatan Rakyat ini buta perlembagaan, membelakangkan kedaulatan Sultan dan merupakan satu tindakan melulu yang kurang cerdik. Pembinaan plak dan tugu oleh Pakatan Rakyat di bawah pokok yang diberi nama oleh 'Geng' mereka sebagai 'Pokok Demokrasi' jelas membuktikan bahawa mereka gemar bermain politik dan lebih banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah dan tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada semua pihak.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Ingat tak perjanjian Hudaibiyah?

    Kena makan ulat....

    Ni lak, kena pecah. Wahaha

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE