Isnin, 2 Mac 2009

Pilihlah Pemimpin Tulen Pejuang Nasib Rakyat, Kata Musa Aman. - Bernama


"KOTA KINABALU, 1 Mac (Bernama) -- Para perwakilan perlu memastikan calon-calon yang dipilih untuk barisan terbaru Majlis Tertinggi (MT) Umno nanti adalah dari kalangan pemimpin yang tulen yang boleh memperjuangkan nasib rakyat dan parti, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan dengan calon-calon MT Umno bersama perwakilan Umno negeri Sabah di sini, Musa berkata kalah menang bukan persoalannya tetapi apa yang diharapkan ialah selepas pemilihan Mac ini, barisan baru ini akan bersatu untuk memantapkan parti.

"Umno harus bersatu untuk membina kekuatan parti. Kalau semua bersatu, tidak ada masalah. Umno harus terus relevan dan diterima rakyat. Yang penting adalah perjuangan buat parti, untuk pastikan BN terus menerajui kerajaan negeri dan pusat," kata pengerusi badan perhubungan Umno Sabah itu.

Musa berkata Umno tidak perlu ragu-ragu lagi kerana parti itu mempunyai 'track record' yang terbaik dalam menjayakan usaha memantapkan hubungan antara seluruh rakyat dalam negara.

Kira-kira 700 anggota parti menghadiri majlis pertemuan dua hari itu, yang memberi peluang kepada para perwakilan negeri untuk bersemuka dengan calon-calon bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan anggota majlis tertinggi serta exco pergerakan wanita.

Sabtu lepas pertemuan diadakan antara calon-calon pergerakan Pemuda serta Puteri Umno, dan para perwakilan negeri.

Sementara itu calon naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata acara seumpama ini bukan saja akan merapatkan perhubungan antara calon-calon tetapi juga perwakilan, dan pada masa yang sama memastikan Umno dapat mempertahankan perjuangannya di masa akan datang dengan meletakkan calon-calon yang mampu menjayakan agenda perjuangan parti."
- Bernama

Perhimpunan Agung UMNO 2008/09
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE