Selasa, 3 Mac 2009

Pakatan Rakyat Perlukan Laksamana Do Re Mi Untuk Selamatkan Kerajaan Pasir Dua Butir...

Hari ini merupakan hari paling bersejarah di Malaysia terutama di negeri Perak bilamana kerajaan Pakatan Rakyat dengan angkuh mengenepikan kesucian Dewan Negeri Perak apabila mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri di bawah sepohon pokok di kawasan tempat letak kereta. Tindakan ini berlaku berikutan penutupan Pejabat SUK Negeri Perak dari dimasuki untuk sebarang urusan dan sekaligus menghalang rancangan Pakatab Rakyat hendak mengadakan Sidang Dewan Tergempar di situ.

Kadangkala kita terfikir bahawa P.Ramlee umpama mengatasi zamannya melalui filem yang diarahkan dan dilakonnya. Dan apa yang berlaku hari ini di Perak sudah pun dibayangkan oleh P. Ramlee melalui filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi. Kerajaan Pasir Dua Butir yang telah ditewaskan oleh Fasola terpaksa mengadakan mesyuarat negeri dalam keadaan serba daif di bawah sepohon pokok di kawasan padang pasir yang luas.

Ini ditambah dengan pakaian yang dipakai oleh Sivakumar yang lengkap berjubah selaku Speaker Dewan sama seperti pakaian yang dipakai oleh para menteri kerajaan Pasir Dua Butir yang lengkap berkot bersama topi 'firebriged'. Rupa-rupanya apa yang digambarkan melalui imaginasi P. Ramlee kini berlaku di dunia realiti di Perak. Yang membezakan antara kedua-duanya hanyalah antara Pakatan Rakyat denga Kerajaan Pasir Dua Butir.


Apa yang dinantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kini adalah kemuncula heronya seperti Laksamana DoReMi yang gagah perkasa serta memiliki hikmat ajaib yang dapat menyumbangkan tenaga bagi menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat. Siapakah Laksamana DoReMi itu? Adakah Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang?
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE