Isnin, 23 Mac 2009

P. Pinang: PKR bertopengkan DAP.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sebenarnya sebuah kerajaan yang tidak berpendirian dan takut untuk memikul tanggungjawab. Ini terbukti dengan isu perletakan jawatan Fairus Khairuddin selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang mana bos negerinya sendiri takut untuk mengeluarkan kenyataan, membuat pengakuan atau mengulas tentang perletakan jawatan tersebut. Segala-galanya dilemparkan ke kepala Anwar Ibrahim.

Siapa sebenarnya yang lebih berkuasa di Pulau Pinang??? Lim Guan Eng atau Anwar Ibrahim? Kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri mungkin atas nama sahaja namun yang benar-benar berkuasa, yang menentukan sesuatu keputusan malah yang merangka perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya Anwar Ibrahim. Tugas Lim Guan Eng kini hanyalah mengorek dan mendedahkan kelemahan kerajaan sebelum ini, memberi sumbangan RM50 dan beras sekampit kepada fakir miskin dan menghadiri majlis rasmi anjuran kerajaan negeri. Tugas yang lebih besar dari itu ditentukan sepenuhnya oleh Penasihat PKR itu.

Anwar Ibrahim benar-benar berjaya memainkan peranannya selaku 'director' di sebalik tabir. Dia hanya membiarkan orang lain yang difikirkan mampu dimakan untuk ke depan. Sedangkan dirinya kekal dibelakang untuk memberi arahan dan menentukan sesuatu keputusan. Alasannya mudah. Dia boleh mengelakkan diri jika keputusan yang dibuatnya itu tidak boleh diterima rakyat. Memang bijak politik Anwar. Politik Penakut dan politik tak bertanggungjawab.

"PULAU PINANG 22 Mac - Jika dulu, parti Gerakan sering dituduh mentadbir Pulau Pinang di bawah telunjuk UMNO tetapi kini, DAP pula 'diuruskan' oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng berkata, senario itu jelas kelihatan dalam isu peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam.

Menurutnya, tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP enggan mengulas peletakan jawatan Mohammad Fairus sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan dakwaan tersebut.

Guan Eng selaku orang nombor satu dalam pentadbiran negeri katanya, telah mengabaikan 'tanggungjawab' beliau dengan menyerahkan urusan bagi menjelaskan isu tersebut kepada Datuk Seri Anwar.

"Ahli Parlimen Bagan itu jelas tiada pendirian dan sering berdolak-dalik sekali gus gagal menangani pelbagai masalah membabitkan Mohammad Fairus.

"Ini jelas menunjukkan pentadbirannya lemah, kini apa-apa perkara pun beliau mahu tolak kepada PKR, sekarang saya mahu tanya Guan Eng 'who is running the show?'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng ketika diminta mengulas dakwaan Mohammad Fairus bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi dalaman parti, hanya berkata, biarlah Anwar yang menjelaskan tentang dakwaan konspirasi tersebut.

Semalam Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan anggota Exco Kerajaan Negeri berkuatkuasa 8 April, bagaimanapun beliau masih kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota PKR."
- Utusan Online
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE