Ahad, 15 Mac 2009

MBI roboh plak pokok demokrasi. (Kesiannya...) - Utusan Online

Akhirnya plak peringatan yang baru dibina di bawah pokok kononnya sebagai tanda memperingati Sidang DUN Negeri Pasir Dua Butir dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini. Pakatan Rakyat sepatutnya dari mula lagi sedar bukan semua pihak senang dan simpati dengan tindakan yang diambil untuk membina plak itu. Malah sidang DUN tergempar yang diadakan itu jelas merupakan satu penghinaan kepada perlembagaan negara dan ianya sedikit-sebanyak telah menjatuhkan maruah negara dan memeberi persepsi negatif dunia terhadap situasi politik Malaysia pada masa kini.

Tindakan yang diambil oleh MBI ini memang tepat pertama memandangkan pembinaan plak itu adalah di tapak tanah rizab jalan. Kedua, pembinaan ini tidak mendapatkan kelulusan dan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan. Ketiga, pembinaan plak ini boleh menyumbang kepada ketegangan politik yang lebih teruk kerana sudah pasti ada pihak yang tidak bersetuju dengan kewujudan plak tersebut yang tidak lebih hanyalah gimik politik simpati pihak Pakatan Rakyat.

Kini timbul pula ura-ura kononnya ada pihak dari Pakatan Rakyat yang bercadang untuk membina tugu yang lebih besar di tapak yang sama setelah plak yang lama dirobohkan. Pihak tersebut tetap berdegil dan menunjukkan sikap keras kepala dan bongkak untuk membina tugu baru itu walaupun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

"IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat."
- Utusan Online

Diharap pihak Pakatan Rakyat terutamanya mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin agar belajar menerima hakikat dan menghentikan tindakan provokasi dan menagih simpati yang nyata tidak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negeri Perak malah ianya akan lebih memburukkan lagi keadaan.
Show Comments: OR

1 ulasan:









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE