Selasa, 31 Mac 2009

Kerajaan Pulau Pinang beku operasi tiga syarikat kuari yang dikaitkan dengan Fairus.

Sudah terhantuk, baru nak terngadah. Ini lah istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kedudukan kerajaan nageri Pulau Pinang. Tindakan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan arahan supaya operasi tiga syarikat kuari di Seberang Perai Tengah dibekukan buat sementara waktu. Alasan yang diberi adalah untuk mengkaji semula jumlah royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri oleh ketiga-tiga syarikat kuari tersebut yang telah menggunakan hasil bumi negeri pada kadar royalti yang rendah sebelum ini.

Pembekuan ini juga sebenarnya mempunyai kaitan dengan tindakan dan arahan yang dikeluarkan kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya meletek jawatan sebagai TKM dan Exco negeri. Ini kerana, Fairus dikatakan terbabit dengan kes menerima sejumlah wang komisen dari syarikat kuari yang telah didedahkan oleh ketua AMK PKR Kepala Batas yang membawa siasatan hingga ke peringkat SPRM. Fairus dikatakan menerima komisen bagi menutup segala kelemahan pembayaran royalti dari syarikat kuari tersebut yang dikatakan terlalu rendah dan mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Kini terbukti siapa sebenarnya yang telah menggadaikan harta negeri kepada bangsa asing. Memang layak dan tepat untuk Fairus ditendang dari jawatan TKM ini. Kini, hanya menanti masa sahaja untuk kerajaan baru Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk berundur dan beransur berambus dari terus menjadi kerajaan negeri...

"PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang membekukan semua bentuk operasi tiga syarikat kuari di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) berkuat kuasa hari ini, sehingga siasatan terhadapnya selesai.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini, berkata tiga syarikat kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.

Beliau berkata, pembekuan operasi tiga syarikat kuari itu bertujuan membantu siasatan mengenai isu di bawah deklarasi royalti, yang mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan.

Pulau Pinang banyak bergantung kepada pendapatan dalam pelbagai sektor termasuk industri kuari melalui pembayaran royalti RM3 setiap kubik meter tanah merah atau batuan yang digali.

Lim berkata, siasatan juga membabitkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 per kubik meter.

Beliau berkata, pembekuan operasi itu tidak mengambil masa yang panjang dan akan ditarik balik sebaik sahaja siasatan selesai, dan beliau juga tidak menolak kemungkinan siasatan susulan akan dijalankan terhadap beberapa syarikat kuari lain selepas ini.

Sementara itu Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri semalam menetapkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang, akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Law berkata, siasatan secara terperinci terhadap tiga syarikat kuari itu akan dijalankan segera bagi mengelak lebih banyak kerugian."
- B. Harian Online
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. Salam Padiyappa,
    Biasanya yang terbaik akan dipilih untuk jawatan tertinggi. Jika demikian maka Fairuz adalah pemimpin PKR terbaik di PP. Ataukah Fairuz bukan yang terbaik tetapi PKR tersalah letak? Adakah hanya jawatan itu yg PKR silap? Apa lagi yang PKR tersilap.

    Wah... banyak persoalan yg tersirat di sebalik isu ini.

    Jangan jadikan masa depan negara satu perjudian.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya bukan setakat tersalah letak pemimpin, tetapi sebenarnya kesilapan terbesar adalah kerajaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Semuanya berpunca dari kelemahan dan kesilapan kerajaan BN terdahulu yang sedikit alpa dan terleka hingga membuatkan rakyat Pulau Pinang kecewa dan beralih undi kepada Pakatan Rakyat.

    Rakyat sedar PR tidak akan mampu mentadbir Pulau Pinang sebaik dan secemerlang BN...Mungkin sebagai satu pengajaran kepada BN Pulau Pinang agar tidak mengulangi kesilapan lampau hingga mengakibatkan P.Pinang terlepas ke tangan PR...Namun kebaikannya, sekurang-kurangnya rakyat akan mulai sedar dan mampu menilai mana pilihan yang terbaik antara BN dan PR yang benar-benar mampu menjaga dan membela hal kebajikan rakyat dan pembangunan negeri...

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE