Ahad, 22 Mac 2009

Jambatan Pulau Pinang ke2 siap ikut jadual. - Utusan Online

"PULAU PINANG 21 Mac — Pembinaan di bahagian laut Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 6.37 kilometer dijangka siap mengikut jadual, kata kontraktornya China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd hari ini.

Presiden CHEC, Sun Ziyu berkata sebanyak 10 peratus kerja pembinaan yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di tanah besar, telah siap.

Jambatan kedua itu sepanjang 24 kilometer.

“Selepas mengumpul semua data ujian, kami kini sedang melakukan kerja menanam cerucuk. Kerja menanam cerucuk berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke tapak projek di Batu Maung hari ini.

CHEC yang diberi surat tawaran projek pada 20 Okt tahun lepas, untuk melaksanakan pakej pertama daripada tiga pakej projek jambatan itu, memulakan kerja pada November tahun lepas dan dijangka menyiapkan pakej tersebut menjelang Mei 2012.

Pakej pertama itu bernilai RM2.2 bilion.

Pembinaan jambatan kedua itu dilaksanakan secara usahasama antara CHEC dan UEM Builders Bhd."
- Utusan Online

Diharap dengan adanya Jambatan Pulau Pinang ke 2 ini maka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang amat kronik yang sering menghantui penduduk Pulau Pinang selama ini. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sudi meneruskan rancangan pembinaan jambatan ini sekalipun Pulau Pinang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Diharap rakyat Pulau Pinang dapat menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan ini dan mengembalikan semula kuasa kepada kerajaan BN demi untuk kebaikan dan pembangunan yang lebih rancak pada masa akan datang.
Show Comments: OR

1 ulasan:









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE