Advertisement - Contact Us

Hina Raja: Penulis Blog Didakwa Esok. - MalaysiaKini

Tindakan pendakwaan terhadap 8 penulis blog yang dikatakan menghina berdasarkan penulisan dan komen yang ditulis dilihat tepat dan kena pada tempatnya. Sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada seluruh warga bloggers akan had dan garis sempadan yang harus dijaga demi memastikan tidak ada pihak yang terguris yang mana boleh membawa kepada kacau bilau dan suasana yang tidak tenteram. Seluruh rakyat Malaysia amnya harus sedar bahawa dasar keterbukaan yang sedang diamalkan di negara kita ada kebaikan dan ada keburukannya. Maka, masing-masing perlu bijak dan menggunakan akal yang rasional, dan bukannya emosi semata-mata dalam mengemukakan pendapat dan pandangan dalam semua hal apatah lagi melibatkan isu yang sensitif.

Kenyataan yang menghina institusi raja-raja dan memutar belitkan perlembagaan yang telah termaktub adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima kerana ia mampu menggugat keharmonian negara yang mana selama ini telah kita nikmati bersama. Apatah lagi jika kenyataan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah dan hasutan. Di negara luar yang lebih maju dari Malaysia sekalipun, walaupun konsep keterbukaan telah lama diterima pakai, namun isu melibatkan karabat di Raja seperti di Britain dan Thailand tidak boleh disebut langsung dan jika ia dilanggar maka hukuman berat sentiasa menanti. Namun, di Malaysia, perkara ini masih lagi bergantung kepada budi bicara pihak berkuasa melainkan jika ianya di'expose'kan melampaui had hingga boleh menggugat ketenteraman maka barulah tindakan undang-undang dikenakan.

"Mar 12, 09 9:28pm :Enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Azlan Shah dalam blog atau melalui komen yang disiarkan.

Difahamkan mereka terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang.

Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama.

Difahamkan, mereka didakwa kerana menyiarkan komen yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis politik di negeri tersebut,
yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan oleh Barisan Nasional selepas tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) keluar parti.

Krisis tersebut sampai ke kemuncaknya apabila Sultan Azlan Shah meminta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian, menyebabkan perkara itu diheret ke mahkamah Kuala Lumpur dan Ipoh.

Tidak diketahui sama ada antara mereka yang akan didakwa itu terbabit dalam perbuatan memutuskan pautan ke lamanweb diraja Perak.

Hukuman penjara, denda

Unit Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyiasat kes tersebut sejak sebulan lalu.

Difahamkan individu-individu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Mereka yang didakwa di bawah seksyen tersebut berdepan dengan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara maksima selama setahun atau kedua-duanya.

Ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kemudiannya mengesahkan bahawa enam individu akan didakwa esok dan kemungkinan dua orang lagi pada hari Ahad."
- MalaysiaKini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, adalah dinasihatkan agar mengawal emosi dalam melakukan sesuatu tindakan sebelum ianya memakan diri sendiri. Negara Malaysia ada saluran tertentu yang membolehkan kita menyuarakan pendapat dan diharap ia digunakan sebaik mungkin demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Apa yang berlaku di Perak sebenarnya boleh dielakkan jika masing-masing yakni kerajaan dan rakyat memainkan peranan sebaik mungkin tanpa perlu membelakangkan kedaulatan undang-undang. Pepatah lama sudah pun mengatakan 'Kerana Pulut, Santan Binasa. Kerana Mulut, Badan Binasa'.

3 Ulasan

  1. BAMMM! Ambik ko!

    Berani mengutuk payung negara/ asas kepada negara sendiri. Kalau tak suka, KELUAR DARI MALAYSIA. kan senang!

    BalasPadam
  2. Saudara... sila rujuk syarat2 yang perlu dipenuhi blogger BPN utk mengesahkan saudara benar benar komited menjadi team BPN.

    Ia ada di blog saya.

    tq

    BalasPadam
  3. penentang sultan perlu di hantar ke negara sedara mereka. mereka memang x layak jadi warganegara malaysia...berambos nko

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama