Rabu, 25 Mac 2009

Guan Eng nafi Jeff Ooi letak jawatan. - B. Harian Online

Kedudukan politik kerajaan Negeri Pulau Pinang benar-benar berada dalam keadaan yang tak menentu. Kenyataan yang dikeluarkan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah memberi jaminan bahawa pentadbiran kerajaan negeri berada dalam keadaan yang baik dan terkawal nyata indah khabar dari rupa. Jika sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin yang juga ADUN Penanti telah mengesahkan perletakan jawatannya selaku TKM dan EXCO negeri berkuatkuasa 8 April, terbaru desas-desus yang mengaitkan Jeff Ooi selaku orang kuat Lim Guan Eng juga bakal mengikut jejak Fairus dan hanya menanti masa yang sesuai untuk menyerahkan surat perletakan jawatan.

Apakah punca kepincangan yang berlaku dalam politik dan pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?? Mungkin disebabkan kelemahan Lim Guan Eng yang terlalu mengikut telunjuk bos PKR, Anwar Ibrahim dalam menentukan sesuatu keputusan. Sepertimana berlaku di Perak sewaktu kerajaan negeri Perak ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang mana Nizar selaku Menteri Besar umpama hilang taring dan kuasa angkara terlalu mengikut telunjuk dan menjadi boneka DAP. Kini di Pulau Pinang, senario yang sama boleh dilihat apabila Lim Guan Eng terlalu bergantung kepada Anwar Ibrahim sehingga hendak mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan sesuatu perkara pun terpaksa menunggu 'green light' dari Anwar.

"GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Ketua Staf Ketua Menteri, Jeff Ooi, tidak meletak jawatan dan masih membantu pentadbiran kerajaan negeri.

"Beliau masih berperanan penting dalam membantu saya khususnya dalam mencari formula dan melaksanakan polisi bagi mencapai kejayaan membangunkan negeri ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai desas desus Ahli Parlimen Jelutong itu akan meletak jawatan.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Ooi dijangka menghantar surat peletakan jawatan dalam tempoh terdekat.

"Ini hanya spekulasi sahaja, Jeff masih bersama-sama dengan kerajaan negeri membantu saya bagi mencapai visi pembangunan negeri. Bagaimanapun, beliau memang sedikit sibuk dengan pelbagai jawatan yang dipegang ketika ini," katanya.

Beliau berkata, selain Ooi turut menjadi mangsa spekulasi meletak jawatan ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Lew Chin Tong.

"Kedua-duanya masih berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan," katanya."
- Bernama
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE