Advertisement - Contact Us

Fairuz : Kambing Hitam atau Kambing Gurun. - MalaysiaKini

Rupa-rupanya dalam PKR pun ada Kambing Hitam. Khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan bahawa Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairuddin yang diminta berundur dari jawatannya telah disangkal oleh bos negeri no1 nya, Lim Guan Eng. Namun menurut beberapa sumber mengatakan bahawa Penasihat Partai Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim telah mendesak Fairuz supaya meletak jawatan atau terpaksa menghadapi kemungkinan untuk dipecat jika Fairuz enggan menurut perintah bos PKRnya.

Semua ini berpunca daripada laporan salah guna kuasa dan rasuah yang telah dilaporkan oleh Ketua AMK Kepala Batas kononnya ada pemimpin tertinggi PKR yang terlibat dengan kes meminta komisen dari syarikat kuari di Pulau Pinang. Walau apapun, sebenarnya memang dari mula lagi rakyat Pulau Pinang sudah sedar bahawa Fairuz ini memang tidak layak dan tidak mempunyai tanjak untuk menjadi pemimpin apatah lagi untuk menduduki kerusi no 2 negeri. Ditambah dengan sikap dan personalitinya yang jelas tidak mesra rakyat, sombong dan angkuh membuatkan rakyat menjadi muak terhadapnya.

Anwar memang sedar akan hal ini. Fairuz juga merupakan seorang yang tidak pandai mengatur masa dan sering terlewat dan ponteng dari menghadiri majlis rasmi dan mesyuarat penting negeri. Kononnya dengan alasan terlalu sibuk dengan tugasnya membuat lubang duit hasil dari kedudukannya selaku TKM P. Pinang hingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya sebagai ADUN Penanti. Mungkin berpunca pada ini semua lah maka Anwar telah mengambil tindakan pertama dengan menarik balik portfolio agama dari tangannya dan diserahkan kepada EXCO lain. Walau pun begitu Fairuz masih gagal berubah malah menambah lagi masalah hingga membuatkan Anwar hilang sabar dan terpaksa meminta Fairuz agar berundur.

Sekurang-kurangnya dengan pengunduran Fairuz ini maka Anwar boleh memberi alasan kononnya parti PKR perlukan pemimpin yang bersih, telus dan bertanggungjawab serta diterima rakyat. Maka jadilah Fairuz sebagai 'Kambing Hitam' kepada Anwar dan PR dalam usaha untuk memulihkan kembali keyakinan dan imej Pakatan Rakyat kepada rakyat yang kian lama dilihat semakin goyang, pincang dan tunggang-langgang.

"Mar 19, 09 11:14am: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menafikan spekulasi bahawa timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin telah diminta meletak jawatan.

mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Lim berkata setiausaha politiknya telah menghubungi Fairus tetapi timbalan ketua menteri I tidak tahu-menahu mengenai khabar angin tersebut.

"Beliau menafikannya dan beliau tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut," kata Lim.

Fairus, ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, juga menafikan beliau telah meletakkan jawatan.

Spekulasi tersebar luas bahawa Fairus tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan PKR, sehingga mencetuskan khabar angin bahawa beliau telah diminta meletak jawatan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fairus, juga Adun PKR Penanti, sering bergelut dengan pelbagai spekulasi berhubung prestasi kepemimpinannya dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dan pernah ditegur sendiri oleh Anwar, Ogos lalu.

Selain beberapa pegawainya sering meletakkan jawatan, beliau juga menjadi sasaran serangan blog dengan beberapa dakwaan.

Lim, juga setiausaha agung DAP, pernah menyatakan keputusan menukar Fairus, jika ada, akan ditentukan oleh PKR kerana jawatan itu untuk parti tersebut.

Mengulas ringkas perkembangan tersebut petang ini di bangunan Parlimen, Anwar berkata Fairus kini "sedang bercuti."."
- MalaysiaKini

1 Ulasan

  1. betul2...
    Anwar sedang menunggang Fairus.
    Pulau Pinang Dimbang kehancuran di Bawah Pimpinan DAP (PKR)..
    sama2 kita berfikir....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama