Sabtu, 21 Mac 2009

Fairus letak jawatan TKM P. Pinang. - MalaysiaKini

Fairuz, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dengan rasminya telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Desas-desus selama ini yang mengatakan bahawa Fairus akan kehilangan jawatannya itu akhirnya menjadi kenyataan.

Bukan mudah seseorang itu hendak menjadi pemimpin apatah lagi kepimpinan tertinggi melibatkan sebuah negeri atau negara. Fairus dilihat seorang yang masih muda dan mentah dan hanyalah sebagai budak hingusan dalam arena politik yang mana hakikatnya memerlukan seorang pemimpin yang kuat, tabah dan sedia menghadapi cabaran yang mendatangkan dari segenap sudut.

Kepada Anwar Ibrahim selaku bos PKR, diharap selepas ini jika ditakdirkan diberi peluang menamakan mana-mana pemimpin, biarlah pemimpin yang dipilih dan diangkat itu dari kalangan yang berpengetahuan dalam politik, berkaliber, mampu berkhidmat kepada masyarakat dan dari golongan yang berjenis sedikit. Bukan hanya sekadar tangkap muat dan asal boleh sahaja...

"Mar 21, 09 1:31pm: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut.

Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Fairus meletak jawatan tersebut. "
- MalaysiaKini
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE