Khamis, 26 Mac 2009

Fairus ditahan SPRM berhubung kes menerima wang kuari.

Bagaimana boleh pemimpin Pakatan Rakyat mengakui dan dengan bangganya menipu rakyat dengan mengatakan bahawa selurh kepimpinan Pakatan Rakyat merupakan golongan yang telus, jujur dan amanah.. Kononnya mereka berkhidmt hanya untuk kebajikan rakyat tanpa memikirkan kepentingan peribadi.. Terbaru, kes melibatkan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang telah ditendang dari jawatannya oleh Anwar dan Guan Eng dari terus menduduki jawatan TKM Pulau Pinang dan EXCO negeri.

Beliau yang juga ADUN Penanti, Fairus Khairuddin terbaru telah ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berhubung laporan yang mengaitkan Fairus didakwa telah menerima sejumlah wang yang banyak sebagai komisen dari sebuah syarikat kuari di Pulau Pinang. Jadi, jelas dan nyata bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat juga merupakan makhluk yang tidak boleh disogok dan ditunjuk wang di depan mata. Pantang lepa, mereka akan sapu dan masukkan ke poket sendiri. Dimanakah ketelusan dan kejujuran yang selama ini digembar-gemburkan oleh Pakatan rakyat??? Ini malah lebih teruk dan hina dari apa yang didakwa berllaku dalam Barisan Nasional.

"GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu ditahan di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) di Johor, kira-kira jam 11 malam tadi.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Difahamkan, Mohammad Fairus yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April ini, ditahan oleh sepasukan pegawai imigresen sebelum diserahkan kepada SPRM Johor.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Air Molek kira-kira jam 2.45 pagi ini dan pegawai SPRM sedang mengambil keterangannya. "
- B. Harian Online
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE