Selasa, 31 Mac 2009

Beberapa pemimpin tinggi Umno disiasat: Megat Najimuddin

KUALA LUMPUR: Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat susulan aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lalu, kata Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

"Saya tak ariflah kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

"Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini, hari ini.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun selepas perhimpunan agung Umno itu berakhir Sabtu lalu.

"Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang," katanya sambil menjelaskan beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai ahli lembaga mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekaligus.

Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, beliau berkata sekiranya terdapat bukti sesiapapun akan dikenakan tindakan.

"Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Lembaga Disiplin," katanya.

Megat Najmuddin berkata, pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

"Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat," katanya.

Beliau menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan."
- B. Harian Online

Ada lagi yang nak kena siasat... Siapa la pula yang main politik wang ni. Tak takut dan tak serik betul mereka-mereka yang disiasat ni. Baru saja 5 -6 orang kena tindakan disiplin sebelum pemilihan diadakan. Diorang dah berani terjebak dengan politik wang lagi. Mereka-mereka yang disiasat dan didapati bersalah mesti dikenakan tindakan yang lebih berat kerana pertama terlibat dengan politik wang dan kedua terlalu berani dan engkar dengan undang-undang walhal baru saja contoh tindakan dah diambil hingga menyebabkan Ali Rustam berputih mata.

Inilah sebab-sebabnya kenapa UMNO semakin ditolak oleh rakyat. Terdapat segelintir pemimpin yang terlalu angkuh dan langsung tidak menghormati undang-undang.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Setuju dgn pandangan tuan berkaitan rasuah. amal maaruf nahi munkar

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE